Hi! Welcome Back and Stay Tune! Leka Bermain Dengan Langsir, Kanak-Kanak Usia 2 Tahun Maut Terjerut Tali Pengikat Langsir.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Leka Bermain Dengan Langsir, Kanak-Kanak Usia 2 Tahun Maut Terjerut Tali Pengikat Langsir..



IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas terjerut tali pengikat langsir di rumah ibu bapanya di Meru Raya pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan semasa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).


Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata semasa kejadian mangsa yang ketika itu berada di rumah bersama ibu tirinya berumur 30 tahun bermain tali pengikat langsir di kawasan tangga berhampiran dapur.

"Sebelum kejadian mangsa dikatakan meminta biskut kepada ibu tirinya yang memasak di dapur sebelum pergi ke ruang tamu semula untuk bermain.

"Ibu tiri mangsa kemudian berasa tidak sedap hati sebelum keluar dan mendapati mangsa terjerut di tali pengikat langsir tersebut," katanya dalam satu kenyataan media.


Mohd Ali berkata ibu tiri mangsa yang merupakan suri rumah sepenuh masa kemudian menghubungi suaminya yang berada di Bangi atas urusan kerja serta kakak kandung beliau yang tinggal berhampiran.

"Wanita itu kemudian menghubungi talian 999 sebelum diminta membuat bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sementara menunggu pihak ambulans. Semasa proses CPR terdapat tanda positif apabila ada denyutan nadi dan susu keluar dari mulut mangsa. CPR dibuat hingga pihak ambulans sampai kira-kira pukul 3 petang yang kemudian meneruskan CPR dan membawa mangsa ke HRPB sebelum memaklumkan mangsa telah meninggal dunia," katanya.


Mohd Ali berkata ketika kejadian bapa mangsa yang berumur 33 tahun yang merupakan seorang pensyarah di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini berada di Bangi atas urusan kerja, manakala kakak mangsa yang berumur lima tahun sedang bersekolah.

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat jerutan di leher akibat tergantung.

Sumber: Berita Harian



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IcyQ3t

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.