Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) “Saya Kecewa Dengan Pengkhianatan Yang Dilakukan Teman Rapat Dan Orang-Orang Yang Pernah Saya Bantu.”Yusuf Azmi sah keluar PPIM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) “Saya Kecewa Dengan Pengkhianatan Yang Dilakukan Teman Rapat Dan Orang-Orang Yang Pernah Saya Bantu.”Yusuf Azmi sah keluar PPIM



KUALA LUMPUR: Tanda tanya mengenai kedudukan Yusuf Azmi sebagai Pengarah Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akhirnya terjawab apabila aktivis berusia 28 tahun itu mengesahkan tidak lagi bersama persatuan itu.

Image may contain: 1 person, sitting and text

Yusuf berkata, sebab utama dia mengundurkan diri kerana bosan dan kecewa dengan pengkhianatan yang dilakukan teman rapat dan mereka yang pernah dibantunya.


Beliau berkata, dia bukan mengharapkan sebarang balasan, namun tidak boleh menerima fitnah dilemparkan terhadapnya.

"Saya berasa sangat kecewa sehingga mendorong saya membuat keputusan mengundurkan diri daripada PPIM.

"Fitnah yang dilemparkan terhadap saya sehingga merosakkan imej saya amat memberi kesan, saya tidak boleh terima perkara ini.


Image may contain: 3 people, people sitting

Image may contain: one or more people

"Selain itu, saya keluar daripada PPIM bagi membolehkan saya meluangkan masa bersama keluarga yang selama ini sering saya tinggalkan untuk keluar berjuang bersama PPIM.

"Isu mengenai pergolakan dalaman juga tidak benar sama sekali, saya amat memandang tinggi Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, jika ada mengatakan wujud perselisihan faham antara individu tertentu, ia kekal sebagai spekulasi saja," katanya pada sidang media khas di ibu pejabat PPIM, di sini, hari ini.


Mengulas lanjut, Yusuf berkata, dia akan memberi fokus kepada program bual bicara berbentuk santai bagi meneruskan perjuangannya.

Beliau berkata, konsep bual santai atau tarbiyah itu akan dilakukan bagi meneruskan usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai pelbagai kegiatan penipuan terhadap pengguna.

"Selain itu, saya merancang membuka sebuah pusat perlindungan kucing bagi menjaga kucing terbiar dan jika ada yang ingin mengambil untuk dibela, saya berikan percuma.

"Saya tiada rancangan membabitkan diri dalam politik, kalau ada yang berkata demikian, ia tidak benar," katanya.

Sementara itu, Nadzim berkata, pihaknya menghormati keputusan dibuat Yusuf.

"Perjuangan kami akan diteruskan seperti biasa dan Yusuf akan tetap menyelesaikan aduan diterima sebelum ini," katanya.

Sebelum ini timbul tanda tanya mengenai status Yusuf bersama PPIM yang disertainya sejak lapan tahun lalu selepas sebuah portal berita melaporkan Nadzim sebagai berkata, Yusuf tidak lagi terbabit secara langsung dengan PPIM pada 16 Mac lalu.


Yusuf dikatakan tidak sehaluan dengan gerak kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dalam memperjuangkan nasib pengguna.

Antara kes dikendalikan Yusuf sehingga ada yang menganggap aktivis berusia 28 tahun itu sebagai wira dan ikon pengguna adalah serbuan ke atas premis pajakan kereta di Kajang dan isu penipuan skim perumahan.

Image may contain: 16 people, people standing and indoor


Image may contain: 1 person

Yusuf juga aktif memperjuangkan gerakan perangi along dan kegiatan penipuan gores serta menang.

Selain bertindak selaku Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf juga menjadi Ketua Sekretariat Persatuan Anak Muda Islam Malaysia dan Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia serta aktif dalam Gerakan Banteras Aktiviti Haram.

VIDEO:



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2pQ0JHX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.