Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mufti Wilayah Persekutuan ziarah Bob Lokman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mufti Wilayah Persekutuan ziarah Bob Lokman

MUFTI Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Bakri meluangkan masa melawat pelakon, pelawak, pengacara dan penulis lirik, Bob Lokman yang sedang uzur di kediamannya di Sungai Buloh, pagi tadi.

Zulkifli menerusi Instagramnya memberitahu walaupun dalam keadaan yang kurang sihat,  Bob tetap menggagahkan diri menyambut kedatangannya dan sempat berbual berkenaan keluarga ulama tersohor Kelantan, Tok Kenali.

“Dalam waktu yang amat terhad pagi ni, kami sempat mengunjungi saudara Bob Lokman yang mengalami keuzuran di rumahnya.

“Walaupun begitu, Bob tetap menggagahkan diri menyambut kami dan sempat berbincang berkenaan keluarga Tok Kenali, seorang ulama tersohor Kelantan,” tulisnya.

Tambah Zulkifli, sebelum ini, Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, pernah mengunjunginya di  Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) beberapa tahun lalu.

“Semoga Allah kurniakan kesihatan kepadanya. Mohon maaf kerana kehadiran agak mengejut dan tidak dapat berbual panjang kerana hambatan masa dan tugas,” tambahnya.

Pada Isnin lalu, Bob Lokman, 54, menerusi Facebook miliknya berkongsi keadaan kesihatan terkini yang semakin menurun.

The post Mufti Wilayah Persekutuan ziarah Bob Lokman appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GWcYtz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.