Kantoi, Isteri Pensyarah 'Kesan' Kekasih Suami Melaram Dengan Bajunya, Main Kucing Di IG..
SEORANG wanita mendapati suaminya adalah seorang penipu setelah melihat sesuatu yang amat dikenalinya dalam salah satu gambar yang dimuat naik oleh pelajar suaminya.
Dalam satu gambar yang dikongsi seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun di Instagramnya, Anna Rudenok sedar bahawa gambar apartment dalam gambar itu adalah milik dia dan suaminya yang bekerja sebagai pensyarah.
Wanita berusia 24 tahun itu mula mengesyaki suaminya, Dmitry, 27, tidak setia setelah menyedari suaminya itu tidak henti-henti meletakkan tanda 'like' pada gambar yang dimuat naik pelajarnya, Emilia Ignatova di media sosial.
Setelah menyiasat dengan lebih mendalam, ibu kepada seorang anak itu terjumpa gambar pelajar itu sedang memakai bajunya dan bermain dengan kucing peliharaannya.
Dia juga terkejut melihat katil anaknya berada dalam salah satu gambar yang dimuat naik Ignatova.
Anna Rudenok. -foto The Siberians Times
Satu keterangan dalam salah satu gambar ditulis: "Satu lagi hari yang berangin untuk membayar hutang universiti saya."
Semua gambar itu diambil ketika Rudenok balik kampung bersama anaknya.
Menurut laporan, Dmitry adalah seorang guru dan ketua pegawai akhbar di South Ural State University di Rusia.
Apabila isterinya menghantar mesej dalam keadaan marah, bertanyakan tentang hubungan mereka, dia segera memadam akaun Instagramnya dan Ignatova telah menukar laman Instagramnya kepada 'private'.
Emilia Ignatova. -foto The Siberians Times
Bagaimanapun mereka berdua tidak menafikan tuduhan Rudenok yang kemudian mendakwa suaminya mengaku mempunyai hubungan 18 bulan dengan pelajarnya.
Dia berkata Dmitry telah mengugutnya: "Dia hubungi saya dan kata 'saya akan musnahkan kamu, saya akan tanam kamu, saya tak peduli kamu adalah ibu kepada anak saya'.
Katanya, pelajar berkenaan juga menghubungi dan mengugutnya untuk membuat laporan polis jika dia terus mengganggunya.
Rudenok melahirkan anak lelakinya beberapa bulan yang lalu mendakwa telah keluar dari rumah suaminya.
Dia dan anaknya kini tinggal bersama ibu bapanya. -metroUK
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Goo6yu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment