"Dulu Kat Sekolah Orang Panggil Aku Bawang. Selamat Masa Tu Mak Cik Bawang Dan 'Membawang' Belum Wujud,"Akuan Wawa Zainal Buat Netizen Terhibur..
Pelakon cantik Wawa Zainal mendedahkan dia pernah dipanggil dengan jolokan nama 'bawang' ketika di bangku sekolah.
Kata Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 27, kenangan itu menggamit perasaan lucu setelah perkataan 'bawang' kian popular digunakan sekarang.
"Dulu kat sekolah orang panggil aku bawang. Selamat masa tu Mak Cik Bawang dan 'membawang' belum wujud," tulis Wawa di Twitternya.
Perkongsian isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu mengundang tawa netizen.
"Comel je Wawa. Tak sesuai jadi Mak Cik Bawang," tulis @rnis_x.
"Wawa, kenapa bawang eh?" soal @yazrina.
"Wawa bawang apa?" sahut @niksuriyanieta.
Terma 'bawang' atau 'membawang' digunakan oleh netizen kini bagi merujuk kepada sifat segelintir pengguna media sosial yang gemar mengecam dan mengumpat perihal orang lain.
Malah, istilah 'Mak Cik Bawang' sering digunakan untuk menyatakan perilaku wanita yang gemar menjaga tepi kain orang.
Sumber: Twitter @wawa_zainal
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2pPIKBb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment