Bayi Usia 2 Hari Dijangkiti HIV Gara-Gara Kecuaian Pihak Hospital Memindahkan Darah Penderma HIV Ke Badan Bayi..
USIANYA baru dua hari, namun bayi ini ditakdirkan menjadi mangsa akibat kecuaian petugas sebuah hospital di Hyderabad, India.
Akibat proses perpindahan darah yang dibekalkan Pusat Darah Aarohi di Hospital Fernandez, bayi ini disahkan dijangkiti HIV.
Susulan itu, keluarganya telah membuat tuntutan gantirugi mencecah Rs6 crore terhadap kedua-dua pihak terlibat.
Pengadu mendakwa pihak terlibat bertanggungjawab mengakibatkan bayinya dijangkiti HIV menerusi proses transfusi darah.
Mengikut laporan, bayi berkenaan lahir dalam keadaan lubang duburnya yang terlalu sempit dan situasi itu boleh menyebabkan dia sukar membuang air besar.
Berikutan itu, bayi berkenaan perlu menjalani prosedur pembedahan untuk menangani masalah yang dialaminya.
Dalam aduan berkenaan, keluarga bayi itu mendakwa prosedur itu gagal dilaksanakan dengan baik, malahan pada awalnya mereka dimaklumkan akan hanya ada beberapa jahitan pada bayi itu.
Kejadian itu berlaku pada 7 September 2016 di mana ketika itu juga bayi berkenaan memerlukan perpindahan darah kerana kehilangan banyak darah dan keadaannya kritikal.
Bagi memenuhi permintaan, pusat darah terlibat sepatutnya mendapatkan penderma tunggal, bagaimanapun ia tidak dilakukan sebaliknya pihak berkenaan mendapatkan penderma secara rawak dan ia didakwa punca bayi itu terkena jangkitan berkenaan.
Pada 7 Mac 2017, bayi berkenaan telah disahkan dijangkiti HIV dan menolak untuk menerima sebarang rawatan lanjut.
Keluarga bayi itu mendapatkan bantuan Suruhanjaya Pertikaian Pengguna Nasional (NCDRC) untuk mengemukakan tuntutan kerana kecuaian pihak terlibat.-IndiaToday
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Gpf0BL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment