“Kereta Remuk Dan Motor Seorang Lagi Kru Terbabas Sebab Terlalu Penat & Mengantuk”- Nazim Othman..
Pelakon Nazim Othman mengakui kerjaya sebagai kru produksi bukanlah sesuatu pekerjaan yang boleh dipandang remeh.
Nazim berkongsi luahan hatinya selepas melihat kemalangan yang menimpa dua orang produksi drama terbaru lakonannya, Monalisa semalam.
“Majoriti penonton bila tengok drama atau filem akan lebih teruja nak tengok siapa pelakon, jalan cerita, pengarah & cinematography.
"Maka dah jadi lumrah pelakon yang akan diagungkan kalau sesebuah karya tu meletup. Kalau tak meletup, dikeji.
“Kerja sebagai pelakon ni memang ada susahnya. Permainan emosi dalam karya adakalanya mengganggu hidup seseorang pelakon itu secara peribadi.
“Tapi hakikatnya, tak sesusah para krew produksi. Diorang pun manusia. Ramai yang berkahwin tapi demi kelangsungan hidup, masa untuk diri dan keluarga sendiri pun tak cukup.
“Pelakon pula, bukannya dalam semua scenes ada. Kalau pelakon dah habis scenes boleh terus balik rumah.
“Tapi tidak bagi krew produksi. Segala peralatan shooting yang berat tu nak diangkat , dikemas & disimpan .
“Kekadang simpati dengan diorang ni. Kerja gigih siang ke malam sampai tido & kesihatan pun tak terjaga.
“Malam tadi, ada dua kes krew #dramamonalisa accident. Yang sorang kereta dia remuk. Kat satu tempat lain, motor sorang lagi krew pulak terbabas.
“Sebab apa? Sebab penat & mengantuk la. Syukurlah takde kecederaan teruk.
"Tapi itu lah, bagi saya secara peribadi, pelakon bukannya hero. Golongan krew produksi yang selayaknya diagungkan,” tulisnya di akaun Instagram.
Posting itu turut disertakan dengan video pendek yang memaparkan keadaan kemalangan itu dan Nazim yang berada di hospital untuk membantu kru berkenaan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar kru yang terlibat mendapat kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
Selain Nazim, drama adaptasi Korea daripada naskah “The Women’s Room’ itu turut dibintangi oleh Zara Zya, Hafreez Adam dan Mona Allen.
Drama sebanyak 80 episod arahan Shahrul Ezad Mohameddin itu ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
Foto: Instagram @nazimothman
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Iei4AY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment