Hi! Welcome Back and Stay Tune! Layakkah Mahathir Berdebat Jika 22 Tahun Tak Pernah "Buka Gelanggang"? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Layakkah Mahathir Berdebat Jika 22 Tahun Tak Pernah "Buka Gelanggang"?





Selama 22 tahun menerajui negara, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak pernah ‘membuka gelanggang’ mahupun menerima pelawaan daripada pemimpin pembangkang untuk berdebat walaupun ketika era reformasi, pemecatan timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Sejarah ini menimbulkan persoalan akan kemampuan Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu dalam mengemukakan kenyataan terbaharunya mempelawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai seterunya dalam forum “Layakkah Tun Mahathir Menjadi PM Sekali Lagi”.



Walaupun kini ‘pakar pusingan-U’ itu kini bergelar calon Perdana Menteri Pakatan Harapan diketuai DAP, beliau sepatutnya memberi laluan hormat kepada pemimpin-pemimpin seangkatan yang lebih lama bergelar ‘pembangkang’ seperti Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.



Tambahan pula, forum berkenaan boleh dijadikan platform terbaik kepada Presiden PKR itu mempamerkan keupayaan seorang calon Timbalan Perdana Menteri.



Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, tindakan Dr. Mahathir itu jelas menunjukkan bahawa beliau semakin tersasar jauh dengan prinsip yang dipegangnya ketika bersama UMNO.



“Zaman Dr. Mahathir mentadbir negara tidak pernah berlaku perdebatan antara dirinya dengan mana-mana pemimpin pembangkang. Dahulu Anwar ajak beliau berdebat pun tidak pernah diterimanya.



“Saya melihat beliau sebagai seorang tokoh yang tidak mempunyai keupayaan untuk menjadi pendebat yang baik kerana cara dia bercakap pun agak lembut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.



Semalam, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mengesahkan ketidakhadirannya ke forum berkenaan yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mesra Pas.



Forum yang dijadualkan berlangsung hari ini Dewan Purnama Pengekalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan itu merupakan rentetan daripada wacana Sinar Harian “Adakah Tun M terlalu Tua untuk jadi PM?” pada minggu lalu.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GhC9pv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.