Elak Pakai Baju Mencolok Mata
Sejak berstatus isteri, aktres Shakila Khoriri mengaku dia kini semakin teliti menjaga penampilan dengan mengelak pakaian mencolok mata.
Memetik laporan BH online, jelas Shakila, walaupun suaminya pernah memberi peringatan namun kesedaran tersebut sebenarnya datang daripada dirinya sendiri.
“Tiada yang memaksa tapi kesedaran itu datang sendiri. Kalau dulu masa solo, ikut suka hati sendiri. Apabila sudah berumah tangga, kita perlu pandai jaga diri dan penampilan.
“Suami beri lampu hijau untuk terus mencari rezeki dalam bidang seni, cuma saya harus bijak menggunakan peluang dan menjaga batas.
“Bukanlah bermakna selepas kahwin baru boleh berubah secara total. Ini kerana dulu pun saya tidak seksi, tapi perubahan ini berlaku barangkali seiring kematangan,” katanya.
Shakila atau nama sebenarnya, Nurul Shakila Mohd Khoriri, 29 dan Fizi Ali yang juga penyampai radio menjalin percintaan selama tiga tahun sebelum diijab kabul pada 18 Februari lalu.
Berkongsi tentang kehidupan rumah tangga, pelakon drama Aku Bukan Bimbo ini memberitahu suaminya cukup penyabar dan rajin memasak.
“Biasalah ada masanya perempuan cepat emosi walau berdepan perkara kecil termasuk masalah di set yang kadang-kala terbawa ke rumah.
“Menyedari mood saya kurang baik, Fizi membuatkan saya cepat sejuk. Ada saja yang dibuat termasuk menyediakan makanan kegemaran saya atau memujuk dengan jenaka
“Dia ringan tulang dan air tangannya memang menyelerakan,” katanya.
Shakila juga berkata, dia dan Fizi menunda perancangan percutian bulan madu mereka hingga akhir tahun ini disebabkan masing-masing terikat dengan komitmen dan jadual kerja yang padat.
The post Elak Pakai Baju Mencolok Mata appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HRxyfc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment