Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis berkas pembuli Maya Karin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis berkas pembuli Maya Karin

PELAKON dan penyanyi Maya Karin mendedahkan, dia pernah menjadi mangsa buli siber  di laman sosial Facebook dan Instagram sejak Ogos tahun lalu.

Menurut selebriti berusia 38 tahun ini, dia diganggu oleh seorang individu dan perkara itu berlarutan selama tiga bulan.

“Gangguan tersebut bersifat mengancam keselamatan dan menggangu emosi dan saya bertindak melaporkan individu itu kepada pihak polis.

“Apa yang lebih membimbangkan individu itu tidak hanya menggangu saya tetapi ahli keluarga saya yang lain dan turut menghantar mesej kecaman serta ugutan kepada saudara mara saya yang menetap di Jerman.

“Mungkin disebabkan tidak pernah melayannya, dia menjadi lebih berani mengganggu ahli keluarga saya.

“Selepas berbincang dengan adik saya yang juga seorang peguam, kami membuat keputusan untuk membuat laporan polis sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Maya, sebulan selepas itu, pihak polis memaklumkan berjaya memberkas individu terbabit di Melaka.

Namun apa yang mengejutkan pelakon Jwanita ini adalah individu tersebut sudah pun berkahwin dan mempunyai anak.

“Wanita terbabit ditahan reman selama tiga hari sebelum didakwa di mahkamah dan mengaku bersalah atas semua dakwaan terhadapnya.

“Dia dibebaskan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman denda terhadapnya,” jelasnya.

Maya berkata, dia berharap kejadian menjadi pengajaran kepada pengguna laman sosial agar lebih bertanggungjawab.

Dan atas faktor itu juga mendorongnya menyertai kempen ‘Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu’ yang dianjurkan oleh Neelofa dan Datuk Hans Isaac.

“Saya rasa untuk menghapuskan terus itu agak sukar, tapi sekurang-kurang ia adalah permulaan mengurangkan golongan pembuli media sosial ini,” akhirinya.

The post Polis berkas pembuli Maya Karin appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qQJKWp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.