Hi! Welcome Back and Stay Tune! Umum Calon Menteri Lebih Awal, Tanda DAP Pencatur - Hashim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Umum Calon Menteri Lebih Awal, Tanda DAP Pencatur - Hashim





ARAU 20 April - Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengumumkan sendiri calon menteri untuk Kabinet Bayangan gabungan pembangkang PKR memberi gambaran jelas bahawa parti tersebut yang sebenarnya menguasai pakatan itu.

Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, sikap DAP itu bukan suatu perkara mengejutkan kerana selama ini mereka telah menunjukkan sifat dominan itu termasuk ketika di dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, situasi tersebut berbeza dengan Pas yang sentiasa berpegang kepada aturan ditetapkan Allah bukannya membuat keputusan awal termasuk menentukan calon Perdana Menteri ketika pilihan raya masih belum berlangsung.

“Kita tidak pernah menentukan siapa yang patut jadi menteri atau sebagainya. Kita lawan dahulu, apabila menang baru kita tentukan. Menentukan lebih awal (calon menteri ) saya lihat sebagai tidak patut.

“Kita juga tidak pernah merebut jawatan sebaliknya apabila tiba masa, kita akan melaksanakannya,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pengisytiharan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiyyah (MADI), Jejawi Dalam di sini malam tadi.

Guan Eng dalam satu ceramah di Teluk Intan, Perak baru-baru ini mengumumkan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming bukan sahaja sebagai calon di kawasan itu malah akan dilantik sebagai menteri jika gabungan pembangkang PKR menang dalam PRU-14.

Sementara itu, dalam majlis tersebut, Hashim telah mengumumkan calon Pas yang bakal bertanding di semua 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua Parlimen iaitu Padang Besar dan Kangar.

Manakala calon Pas bagi Parlimen Arau tidak diumumkan pada majlis itu dan dijangka kerusi tersebut akan diwakili oleh Hashim sendiri yang pengumuman mengenainya bakal dilakukan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Antara yang menarik perhatian dalam majlis tersebut apabila Ahli Jawatan Kuasa Pas Pusat, Mokhtar Senik diumumkan bertanding di kerusi Parlimen Padang Besar sekali gus menjadi satu-satunya calon ‘import’ parti itu di Perlis.- UTUSAN ONLINE

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HUsMhh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.