Hi! Welcome Back and Stay Tune! Shahrol Shiro harap golongan ‘makcik bawang’ dihapuskan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Shahrol Shiro harap golongan ‘makcik bawang’ dihapuskan

PENGALAMAN menjadi mangsa fitnah netizen atau kini dikenali sebagai ‘makcik bawang’ mendorong Shahrol Shiro menyertai kempen, ‘Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu’.

Menurut pemilik nama sebenar Shahrol Azizie  Azmi  ini, dia pernah menjadi mangsa buli siber apabila ada beberapa pihak menyebarkan berita bahawa dia sudah meninggal dunia.

“Pada waktu itu, saya dimasukkan ke hospital kerana penyakit sinus, tapi ada yang melaporkan saya kemalangan dan meninggal dunia.

“Adik saya yang ketika itu dapat tahu menerusi media sosial, bergegas pulang ke kampung.

“Alhamdulillah dia selamat tiba, tapi jika sebaliknya – bukankah ia satu penganiayaan?” ujarnya ketika ditemui pada sidang media pelancaran Kempen Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu di Kuala Lumpur hari ini.

Shahrol antara beberapa selebriti tempatan turut menyumbang usaha untuk menggerakkan kempen yang mendapat sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia itu.

Menurut Juara Raja Lawak musim keenam melalui kumpulan Shiro itu, penyebaran berita palsu adalah pengalaman terburuk pernah dialami malah tidak memahami motif sebenar individu yang menyebarkan khabar berkenaan.

Oleh itu, katanya, wajar mana-mana pengguna alam siber yang menyebar fitnah dikenakan hukuman setimpal sekiranya didapati bersalah.

“Geng mak cik-mak cik bawang semakin membarah dan inilah yang mengakibatkan penyebaran berita palsu begini.

“Mereka gigih mahumenjalankan tugas wartawan tanpa tauliah selain berlumba-lumba menjadi yang terawal menyampaikan sesuatu berita sedangkan kesahihan berita itu tidak diketahui.

“Justeru saya berharap mak cik-mak cik bawang ini dapat dihapuskan,” katanya.

The post Shahrol Shiro harap golongan ‘makcik bawang’ dihapuskan appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Hm9pwh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.