Nora Danish menangis anak dikutuk
SIKAP biadap segelintir netizen mengutuk anak kedua Nora Danish, membuatkan aktres tersebut menangis.
Menurut Nora, sebagai ibu dan manusia biasa, dia berasa terkesan dan sedih dengan komen yang ditinggalkan.
“Sebagai selebriti, saya dah biasa bila ada pihak lain yang mengutuk dan menghina saya. Malah ada juga yang pernah menyamakan muka saya dengan babi.
“Tapi bila ada orang kutuk anak saya, seorang bayi yang baru lahir, sebagai ibu dan manusia biasa, saya memang menangis.
“Suami pun ada menegur kerana baginya saya patut lebih faham dengan sikap segelintir manusia sebegini, tapi saya rasa ada ketikanya normal untuk saya berasa sedih dan menangis.
“Bagi saya, perkara sebegini tidak patut terjadi pada saya, anak saya atau orang lain sekalipun,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen ‘Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu’.
Dalam pada itu, Nora berkata, dia berasa bersemangat untuk bersama barisan selebriti lain mendidik pengguna media sosial agar menjadi lebih bertanggungjawab.
Katanya, kempen ini bukan untuk mencegah selebriti daripada terus dibuli, tetapi juga orang lain.
“Generasi Y seperti saya memang sudah diterapkan dengan adab dan sopan santun sejak kecil lagi. Bahkan kami juga lebih sensitif untuk melontarkan sesuatu pendapat, maksudnya yang bersesuaian dengan tempat dan keadaan.
“Tapi generasi masa kini, yang sudah terdedah dengan media sosial dari kecil, mereka rasa mereka ada hak untuk mengeluarkan pendapat.
“Benar, tidak ada salah mengeluarkan pendapat, tapi biarlah secara berhemah dan tidak sampai memalukan orang lain,” jelasnya.
The post Nora Danish menangis anak dikutuk appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qQskJh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment