Hi! Welcome Back and Stay Tune! PRU14: Diva AA Sedia Lawan Abangnya Azmin Ali - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PRU14: Diva AA Sedia Lawan Abangnya Azmin Ali

Selebriti kontroversi, Azwan Ali, mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) demi menentang abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Memetik laporan Harian Metro, Azwan berkata keputusan bertanding itu dibuat susulan sokongan banyak pihak, terutama peminat setianya dalam memastikan perjuangan menjatuhkan Mohamed Azmin, menjadi kenyataan.

Azwan yang juga dikenali sebagai Diva AA, mendakwa akan bertanding di mana sahaja, kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi Mohamed Azmin.

“Saya berjuang atas prinsip dan perjuangan untuk menjahanamkan Azmin Ali. Ini adalah satu tugasan dan amanah yang mungkin orang lain tak mampu nak buat.

“Walaupun dikecam menjatuhkan darah daging sendiri, terpulanglah, kerana saya lebih mengenali pengkhianat bangsa ini,” katanya.

Azwan antara individu yang lantang mengecam Mohamed Azmin, selain pernah membuat laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan rasuah kerajaan Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Disember tahun lalu.

Mohamed Azmin adalah penyandang kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa yang dimenanginya sejak 2008.

Mengulas lanjut, Azwan juga tidak menolak menggunakan strategi bersifat peribadi bagi menewaskan Mohamed Azmin, dengan mendakwa beliau menyimpan banyak rahsia abangnya.

“Dia pemimpin yang penuh aib, paling munafik dan teruk dalam sejarah Selangor dan perlu dihapuskan kerjaya politiknya menjelang PRU-14.

“Kalau orang masih mahu pangkah Azmin Ali, teruskanlah tetapi tunggulah bala besar daripada Allah,” katanya.

Mengulas mengenai wang yang akan digunakan pada PRU-14, Azwan menjelaskan tidak bergantung dengan dana daripada mana-mana parti politik.

“Saya bukan nak cakap besar, tapi duit saya berlambak dalam bank. Andainya tewas teruk sekali pun, wang pertaruhan itu saya anggap sebagai sedekah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya).

“Kalau tewas pun tak apa. Saya tetap tidak berkudis dan tak akan menyesal kerana sekurang-kurangnya, peratus undi dia akan terjejas.

“Tapi jika menang, saya akan buat kenduri doa selamat terbesar dengan rakyat kawasan saya akan dapat merasa rendang saya secara percuma, dan tidak akan menjadi wakil rakyat yang hanya menjenguk kawasan ketika PRU,” katanya.

The post PRU14: Diva AA Sedia Lawan Abangnya Azmin Ali appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HUBN9Y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.