"Kalau Ya Pun Kau Suka Baby, Tak Perlu Kau Cubit, Cium Atau Sentuh Pipi" - Amar Baharin..
Pelakon Amar Baharin ada sebab tersendiri untuk tidak membenarkan mereka yang orang luar menyentuh, apatah lagi mencium anak sulungnya, Aqeef Anaqi, 6 bulan.
Menurut Amar perbuatan tersebut biarpun tidak bertujuan negatif, namun secara tidak sedar boleh mendatangkan bahaya kepada bahaya kepada kesihatan bayi.
Amar, 33 tahun mengakui sebagai seorang selebriti, dia dan isteri, Amyra Rosli, 27 tahun sering berdepan dengan situasi di mana anak lelakinya itu menjadi tumpuan orang ramai yang ingin menyentuh dan mencium Aqeef.
Disebabkan itu, Amar telah membuatkan luahan secara terbuka menerusi laman Instagramnya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai agar lebih sensitif tentang perkara tersebut.
“Kalau betulah cerita ni, inilah perbuatan yang paling tak bertimbang rasa. Kalau aku cakap B.O.D.O.H agak kasar bunyinya. But yes, siapa yang tak bertanggungjawab tu memang BODOH.
“Kalau ya pon kau suka, geram, baby tu nampak comel, tak perlu sampai nak cubit pipi atau cium atau sentuh sekalipun sebab kau kena faham, baby ni antibodi belum kuat.
“Kau ikut perasaan nafsu geram kau, cium baby tu atau sentuh baby tu, sampai secara tak langsung kau sebarkan virus kat baby tu sampai sakit mcm ni, siapa yang menanggung???,” luahnya.
Malah kata Amar, dia sendiri tidak akan menyentuh mana-mana bayi yang ditemuinya kerana sedar akan perkara itu sekaligus mengelakkan apa-apa yang tidak diingin berlaku ke atas bayi berkenaan.
“Aku sendiri tak pernah nak sentuh mana-mana baby yang aku jumpa walaupun comel dan geram aku tengok sebab aku sedar diri, sedar ruang, tak nak apa-apa jadi kat baby tu.
“Mintak maaf, aku memang tak berkenan dengan perangai sesetengah manusia yang tak bertanggungjawab macam ni. Dan aku nak mintak maaf juga kalau aku bertindak sedikit agressif kalau aku terjumpa makhluk-makhluk macam ni kat luar sana.
“Aku berharap supaya ibu bapa di luar sana, tolong tolong tolong jaga anak-anak korang dengan baik. Jangan terlalu menjaga hati orang sampai anak korang terseksa macam ni. Plz,” tulisnya lagi beserta #tengokbolehsentuhjangan #bertindakpakaiotak.
Amar dan Amyra telah berkahwin pada November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aqeef Anaqi, 6 bulan.
Sumber: Instagram @amarbaharin, Astro Awani
Foto: @amarbaharin
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qXG9oT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment