Gambar Asus Zenfone Max Pro M1 Tertiris – Bakal Hadir Dengan Antaramuka Android Asli
Desas-desus mengenai peranti baru Zenfone Max Pro telah kedengaran sejak minggu lepas, dan terkini, @evleaks turut berkongsi gambar baru peranti berkenaan, sekaligus memperlihatkan secara kasar apakah yang bakal dibawakan oleh Asus.
Asus Zenfone Max Pro M1 ini dijangka hadir dengan cip Snapdragon 636, memori 4GB RAM, serta menyertakan sokongan dwi-SIM. Ia turut dilihat menyertakan dwi-kamera pada bahagian belakang, selain pengimbas cap jari yang terletak pada bahagian belakang.
Menariknya mengenai telefon pintar ini adalah dimana ia turut hadir dengan antaramuka asli Android, tanpa penambahan ZenUI seperti Zenfone yang lain.
Mengikut beberapa sumber terdekat kami, ia dikatakan peranti ini mungkin memasuki pasaran tempatan seawal bulan Mei atau Jun kelak. Asus dijangka melancarkan ia secara rasmi pada minggu ini untuk beberapa pasaran, termasuk India dan Indonesia.
Asus Zenfone Max Pro M1 – SD636, 4GB, microSD, 2 x SIM. pic.twitter.com/vciAybJfLS
— Evan Blass (@evleaks) April 21, 2018
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qSSN8j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment