Hi! Welcome Back and Stay Tune! Inikah Cara DAP Mahu Menguburkan MCA? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Inikah Cara DAP Mahu Menguburkan MCA?



Sejak sekian lama, antara impian dan cita-cita yang ditanam di dalam setiap ahli dan pemimpin DAP adalah mahu menguburkan terus MCA dan Gerakan dari arena politik negara. Bagi mereka, kedua-dua parti komponen BN ini merupakan antara penghalang buat mereka dari menguasai sepenuhnya kaum Cina dan sekaligus mengukuhkan kedudukan parti ultra kiasu berkenaan.

Satu persatu Pilihan Raya Umum diharungi dengan cita-cita berkenaan tidak pernah padam dari keinginan mereka. Perkara yang sama juga berlaku pada Pilihan Raya Umum kali ini cuma yang membezakan adalah taktik mereka mahu melaksanakan impian mereka. 

Menariknya, kali ini mereka akan menggunakan kaum Melayu untuk melemahkan MCA. Caranya cukup mudah namun agak sukar difahami. Buat pertama kalinya, DAP mengorbankan maruah mereka dengan "menyorokkan" roket mereka dan menggunakan logo PKR sebagai logo tunggal untuk Pakatan Harapan.

Kenapa mereka perlu "menyorokkan" roket mereka sedangkan logo ini adalah maruah untuk mereka? Ini kerana, PKR satu-satunya parti di dalam Pakatan Harapan yang keahliannya terbuka buat semua kaum. Malah, di dalam PKR sendiri, kekuatan kaum Melayu yang begitu setia dengan Datuk Seri Anwar antara punca kenapa DAP sanggup menggadaikan maruah mereka.

Di tambah pula dengan penyertaan Tun Dr Mahathir di dalam kem pembangkang menyaksikan keyakinan DAP semakin bertambah. Sudah semestinya, DAP amat mengharapkan pengaruh Mahathir mampu memecah belahkan kesepakatan kaum Melayu disaat Anwar masih lagi menjalani hukuman penjara atas kesalahan liwat yang dilakukannya.

Bagi pihak BN pula, seperti biasa, pembahagian kerusi dilakukan atas muafakat sesama parti. Pastinya ada kerusi yang bakal ditandingi MCA mempunyai kaum Melayu selaku pengundinya. Seandainya DAP berjaya menghasut kaum Melayu dan kaum Cina di kerusi berkenaan, sudah tentu calon MCA yang mewakili BN akan mengalami kekalahan yang teruk.

Inilah strategi terbaru DAP untuk menghancurkan MCA dan BN sehingga mereka sanggup "menyorokkan" roket mereka. Sebenarnya, DAP tidak kisah menggadaikan maruah mereka kepada parti lain asalkan matlamat mereka tercapai. Paling utama, andai strategi menyimpan roket ini mampu memenangkan mereka, mereka juga akan sanggup lakukan.


✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qEv9w7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.