Spotify Mungkin Akan Memperkenalkan Kemaskini Antaramuka Baru Untuk Aplikasi Mereka Minggu Hadapan
Spotify boleh dikatakan aplikasi penstriman musik yang paling terkemuka di dunia. Mereka dilihat mengembangkan katalog muzik mereka kepada lagu-lagu dari Korea dan Jepun, dan pada Januari 2018, mereka mempunyai 70 juta pengguna berbayar di seluruh dunia.
The Verge baru-baru ini melaporkan bahawa syarikat penstriman audio tersebut telah mengeluarkan sebuah jemputan untuk sebuah acara minggu depan dimana mereka dikatakan akan menunjukkan antaramuka dan ciri-ciri baru untuk aplikasi mudah-alih mereka.
Buat masa ini, Spotify masih belum mengumumkan apakah ciri-ciri baru yang bakal diumumkan, tetapi terdapat beberapa ura-ura yang menyatakan bahawa mereka mungkin akan memperkenalkan ciri kawalan suara melalui aplikasi tersebut, disamping kemaskini antaramuka Spotify yang tidak ditukar sejak sekian lama.
Dalam pada itu, Spotify juga dilihat mungkin akan hadir dengan pembesar suara pintar mereka sendiri, dan ia akan diumumkan pada acara Spotify tersebut yang akan diadakan pada 24 April kelak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2H5aFYH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment