Hi! Welcome Back and Stay Tune! OnePlus 5/5T Kini Menerima Kemaskini Android Oreo 8.1 Dengan Tampalan Sekuriti April - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OnePlus 5/5T Kini Menerima Kemaskini Android Oreo 8.1 Dengan Tampalan Sekuriti April

OnePlus 5 dan OnePlus 5T agak popular di kalangan peminat gajet kerana harga peranti dengan spesifikasi kelas utama adalah mampu milik jika dibandingkan dengan peranti lain.

OnePlus mempunyai sistem operasi Android mereka sendiri, OxygenOS. Ia seakan dengan Android asli tetapi mempunyai banyak ciri dan sangat lancar. Kini OxygenOS 5.1.0 telah hadir dengan Android Oreo 8.1 bersama-sama dengan kemaskini tampalan sekuriti April. Berikut adalah senarai perubahan baru yang hadir.

Sistem

  • Dikemaskini kepada Android Oreo 8.1
  • Kemaskini tampalan sekuriti 2018-04
  • Sokongan gesture penuh (Hanya pada 5T)

Mod Permua

  • Kemampuan mod jimat kuasa dan menghentikan sementara fungsi kecerahan automatik.
  • Menambahkan kelajuan rangkaian – memberi keutamaan pada penggunaan rangkaian di latar depan.

Pelancar

  • Menambah tag berkategori dalam bar carian.
  • Fungsi menamakan semula secara automatik untuk folder.

Secara keseluruhan,kemaskini ini memberi perubahan pada jenis Android yang digunakan dan menambahkan sedikit ciri baru. Selain itu, semua ciri dalam Android 8.1 seperti mod Picture-In-Picture untuk Netflix juga kini boleh digunakan.

Jika anda pengguna Oxygen OS versi stabil sebelum ini anda boleh menunggu sahaja OTA. Jika anda seorang pengguna beta ataupun yang lebih gemar untuk flash kemaskini anda boleh muat turun fail imej di bawah.

Muat Turun OxygenOS 5.1.0 Untuk OnePlus 5

Muat Turun OxygenOS 5.1.0 Untuk OnePlus 5T



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vgcsEG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.