Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga Beradik Ditemui Rentung Dalam Kebakaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga Beradik Ditemui Rentung Dalam Kebakaran



Tiga beradik ditemui rentung dalam kediaman mereka yang musnah akibat kebakaran di Kampung Pegagau di sini mala semalam. Dalam kejadian pada pukul 7.40 malam itu, ketiga-tiga mangsa berusia antara tiga hingga lima tahun maut selepas terperangkap dalam rumah terbabit. 

Mangsa terdiri daripada seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Puangsa berusia lima tahun serta dua kanak-kanak lelaki, Emang dan Botak masing-masing berusia lima serta tiga tahun. Kesemua mereka ditemui di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Fazizul Hizam Borhan berkata, 10 anggota bersama dua jentera bergegas dikerahkan ke lokasi kejadian. "Jarak antara lokasi dan balai bomba terdekat ialah 23 kilometer. Sebaik tiba di lokasi, rumah tersebut telah terbakar 95 peratus.

“Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran selain cuba menyelamatkan mangsa sebelum mereka ditemui rentung sebaik operasi terkawal kira-kira 9 malam,” katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.43 malam semalam. “Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2H8vGSb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.