Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Angkara 'Kebodohan' Manusia Buang Sampah Dalam Laut, Bangkai Paus Ditemui Terdampar Dengan Mulutnya Dipenuhi 29kg Sampah Plastik.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Angkara 'Kebodohan' Manusia Buang Sampah Dalam Laut, Bangkai Paus Ditemui Terdampar Dengan Mulutnya Dipenuhi 29kg Sampah Plastik..



Seekor ikam paus sperma di temui mati terdampar berpunca daripada sampah plastik yang ditelannya seberat 64 pounds (29 kilogram). Bangkai paus jantan tersebut ditemui di pantai Murcian, selatan Sepanyol pada penghujung Februari lalu adalah peringatan kepada manusia betapa kritikalnya laut dicemari dengan sampah plastik.


El Valle Wildlife Rescue Center yang menjalankan siasatan membuat kesimpulan bahawa paus sperma malang tersebut mati disebabkan kejutan gastrik pada perut dan ususnya selepas kegagalan mencerna plastik tersebut. Bedah siasat yang dibuat menemui beg plastik, jaring, guni plastik, tali malah botol plastik besar juga ditemui di dalam perut dan usus besar haiwan tersebut.




Penyiasat juga turut mendapati bahawa bahagian dalam paus tersebut meradang akibat jangkitan bakteria. Ia mungkin berpunca daripada ketidak upayaan paus itu untuk mengeluarkan kembali sampah-sampah tersebut daripada sistem tubuh badannya, membawa kepada peritonitis.


Paus sperma jantan tersebut yang seberat 6 tan dan sepanjang 33 kaki (10 meter) merupakan spesis terancam yang dilindungi di bawah Akta Konservasi Spesis Terancam di Amerika Syarikat (AS). Paus sperma biasanya menjadikan haiwan seperti sotong sebagai makanan dan mempunyai usia hampir sama dengan jangka hayat manusia, secara purata 70 tahun.







Kerajaan tempatan Murcia kemudian melancarkan kempen menentang pembuangan plastik ke dalam laut sebagai reaksi kepada penemuan bangkai tersebut. Penduduk yang menetap di sepanjang persisiran pantai tersebut berkerja keras untuk meningkatkan kesedaran mengenai peningkatan membimbangkan pencemaran plastik di laut dan kepentingan untuk memastikan pantai kekal bersih.


Kini, ia semakin jelas bahawa sampahn plastik merupakan ancaman terhadap hidupan marin untuk dekad yang akan datang. Dianggarkan sekitar 5 trillion sampah plastik terapung di seluruh laut di dunia. Menyukarkan lagi keadaan, pakar marin percaya bahawa jumlah plastik di laut akan mengatasi jumlah ikan menjelang tahun 2050.




Dengan peningkatan jumlah pencemaran plastik di laut, kematian ikan paus akibat menelan sampah plastik menjadi perkara biasa kini. Kira-kira dua tahun lalu, sekumpulan 13 ekor ikan paus sperma mati daripada punca yang sama.

VIDEO:





✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qCdHZt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.