Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembangkang Tidak Berani Buat Manifesto Di Dua Negeri Yang Mereka Sudah Tadbir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembangkang Tidak Berani Buat Manifesto Di Dua Negeri Yang Mereka Sudah Tadbir



Di Selangor, Barisan Nasional sudah lancarkan manifesto yang mengandungi 10 perkara teras dan 100 inisiatif kepada rakyat Selangor pada 8 April 2018. Di Pulau Pinang, Barisan Nasional sudah lancarkan manifesto yang mengandungi 6 teras dengan 60 inisiatif pada 15 April 2018. Selangor dan Pulau Pinang adalah dua negeri yang kini sudah 10 tahun ditadbir oleh pembangkang. 

Selangor diperintah oleh PKR dengan dibantu DAP dan Pulau Pinang pula diperintah secara mutlak oleh DAP sahaja. Mengapa Guan Eng dan Azmin Ali masih tidak berani melancarkan manifesto khusus untuk rakyat Pulau Pinang dan Selangor? Apa yang mereka takutkan?

Barisan Nasional sudah lancar manifesto yang khusus untuk dua negeri itu. Fokusnya adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat. Di Pulau Pinang, Ketua Menterinya Lim Guan Eng hanya berjanji lisan sahaja. Guan Eng hanya bercakap hendak mansuhkan semua tol di Pulau Pinang jika menang.

Tidak berani lagi buat janji bertulis dalam buku seperti buku jingga atau bertulis dalam poster sebagaimana dalam PRU12. Itu pun buat janji selepas tercabar dengan manifesto yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mansuhkan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang, jika BN menang negeri Pulau Pinang.

Kerana rasa tercabar, Guan Eng terus berjanji untuk mansuhkan kutipan tol semua kenderaan di jambatan itu. Janji mansuhkan tol pada PRU13 dulu masih tidak ditunaikan, Guan Eng buat janji baru yang sama lagi. Sejak DAP mentadbir Pulau Pinang pada 2008, tidak ada satu tol pun dihapuskan.   

Pada PRU12, ada janji dibuat oleh Kerajaan DAP untuk menghentikan kutipan tol di Sungai Nyior yang berharga 50 sen tapi sehingga hari ini tol di situ masih dikutip lagi. Janji yang Pakatan Harapan boleh laksanakan sekarang di Pulau Pinang adalah melunaskan janji hendak menghadkan jawatan Perdana Menteri dan Ketua Menteri kepada dua penggal sahaja.

Guan Eng tidak perlu bertanding lagi dan beri laluan kepada Ketua Menteri baru. Lagi pun dua kes rasuah Guan Eng di mahkamah belum selesai lagi. Selangor pun serupa, Menteri Besar, Azmin Ali hanya berani beri dedak sahaja. Janji beri bonus lebih dari tiga bulan jika PH diberikan mandat mentadbir.

Macam mana hendak percaya janji Azmin ini, semasa bentang Bajet 2018, Azmin janji hendak beri bonus tiga bulan tetapi dua bulan sudah dibayar sebelum itu. Masih hendak percaya lagi janji MB yang semacam ini?

Azmin Ali tidak berani buat janji dan manifesto di Selangor untuk selesaikan isu air, isu sampah dan denggi. Azmin tidak berani berjanji hendak mansuhkan kutipan duit plastik 20 sen, proses kutipan sisa buangan penduduk yang tidak teratur juga keadaan jalan raya yang berlubang di seluruh Selangor.

Kalau Azmin buat manifesto, sudah pasti rakyat akan ungkit skandal tanah di Ijok, skandal di Paya Indah Wetlands, skandal kerja pembaikan pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang kontroveri dan paling penting isu utama melibatkan masalah bekalan air di Selangor.

Isu air yang menyusahkan rakyat hingga ibu bernama Holifah Siman keguguran anak kembarnya dalam kandungan bila membawa baldi di Taman Impian Ehsan, Balakong pada Mac lepas. Baca kisahnya di sini : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1696690593759223&id=1122306847864270.

Berkuasa di dua negeri tapi tidak ada manifesto khusus untuk negeri ditadbir pakatan. Ini bermakna PH tidak mengambil berat langsung penduduk negeri yang mereka perintah. Azmin tabur dedak beri laptop dan ipad kepada orang orang yang terpilih sahaja. Rakyat Selangor yang lain dapat apa?

Nasib baiklah ada BR1M dari kerajaan BN, yang mana nikmatnya lebih sejuta orang Selangor dapat rasai. Kalau tukar kerajaan pusat beri pada PKR, alamatnya hilanglah nikmat BR1M ini. Dapatlah janji janji manis Guan Eng dan Azmin Ali sahaja. Oleh itu kena yakin dengan manifesto BN.

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JomBN

Beruang Biru
Isnin
16 April 2018

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2H6QWrG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.