Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tekad Turunkan Berat Badan, Lelaki Ini Berjaya Hilangkan Berat Sebanyak 32kg Hingga Digelar Putera Raja 'Beauty And The Beast.' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tekad Turunkan Berat Badan, Lelaki Ini Berjaya Hilangkan Berat Sebanyak 32kg Hingga Digelar Putera Raja 'Beauty And The Beast.'



SEORANG lelaki membuat netizen terpesona apabila memuat naik gambar menunjukkan perbezaan dirinya semasa gemuk dan selepas berat badannya turun 32kg.

Jeffrey Kendall, 26, yang 'baharu' kini dilihat sama dengan wajah lelaki yang memegang watak putera dari filem 'Beauty and the Beast'.


Netizen kagum bagaimana penurunan berat badan mampu mengubah dirinya menjadi seorang lelaki kacak.

Tetapi sebelum perubahan itu, siapa tahu bahawa Kendall, dua tahun lalu bukan sahaja gemuk, tetapi juga menganggur dan seorang yang murung.

Dia tinggal bersama ibunya yang sakit di Connecticut.


Bercakap kepada Best Life, dia berkata: "Ibu saya dibenarkan keluar hospital pemulihan selepas tujuh bulan, bukan sebab keadaan bertambah baik tetapi berdepan masalah insurans.

"Pada masa itu, saya sangat tak terurus dan menghadapi kemurungan," katanya.

Situasi berubah apabila salah seorang kawannya mengajaknya pergi ke gym dan Kendall bersetuju.


Pada mulanya dia hanya melakukan senaman ringan dengan perjanjian membuat senaman bangkit tubi setiap hari.

Related image

"Tidak lama kemudian saya mula bangun pagi dan berjalan-jalan, mendengar lagu The Beatles atau muzik yang tenang tetapi dapat mempercepatkan langkah saya.

"Kemudian saya pulang ke rumah dan membantu ibu saya, kemudian pada waktu malam, saya mula melakukan yoga!," katanya.



Image result for Jeffrey Kendall

Image result for Jeffrey Kendall

Di YouTube, Kendall juga mendapati banyak inspirasi dan tutorial senaman.

Tetapi dia berkata perubahan paling besar adalah dietnya, yang mana dia berpandangan ia adalah perubahan paling penting perlu dibuat, untuk mengurangkan berat badan.

Pemakanannya tidak terlalu ketat, bagaimanapun dia cuba memantau kalori dan hidup dalam keadaan sederhana.


"Gembira dapat tengok hasil atau ganjaran dari apa yang telah diusahakan bertahun-tahun lamanya.

Related image

"Saya sudah lama bergelut dengan masalah keyakinan dan harga diri dan ia tidak boleh dibuang begitu sahaja, tetapi saya kini sekurang-kurangnya dapat mengangkat kepala dan berasa setaraf dengan orang sekeliling.




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2H5W3s9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.