Kerajaan Perancis Menguji Perkhidmatan Permesejan Sulit Mereka Sendiri Untuk Menggantikan Whatsapp Dan Telegram
Kerajaan Perancis baru-baru ini mengatakan mereka sedang menguji perkhidmatan permesejan sulit mereka sendiri untuk menggantikan kebergantungan mereka kepada perkhidmatan permesejan lain seperti Whatsapp, Telegram dan Signal.
Menurut kenyataan dari kerajaan Perancis, ini adalah kerana mereka walaupun mesej-mesej yang dihantar menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan ini disulitkan, mesej-mesej tersebut masih disimpan diluar negara tersebut, dan mereka khuatir bahawa pada suatu hari nanti, mesej-mesej tersebut masih akan dicuri dan boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Mereka juga menyatakan bahawa agensi-agensi kerajaan Perancis biasanya menggunakan Whatsapp ataupun Telegram untuk membincangkan tentang perkara-perkara yang tidak dianggap penting sahaja, seperti logistik isteri presiden Perancis ke zoo tempatan dan sebagainya, tetapi mereka ingin sebuah sistem dimana maklumat-maklumat demikian hanya disimpan didalam mesin-mesin pelayan tempatan.
Reuters melaporkan bahawa aplikasi permesejan ini sedang dibina oleh sebuah syarikat pembina aplikasi yang diupah oleh kerajaan Perancis, dan lebih kurang 20 pekerja kerajaan sedang mengujinya buat masa sekarang.
Apabila aplikasi tersebut siap dibina dan diuji, ia akan menjadi satu-satunya aplikasi yang akan digunakan oleh para pekerja untuk tugasan-tugasan mereka, dan jika ia diterima dengan baik, ia juga mungkin akan hadir untuk rakyat negara tersebut.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2H52Qy3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment