7 Nasihat Jutawan Kurma Jenama Yusuf Taiyoob Yang Anda Boleh Contohi.
Siapa yang tak kenal dengan iklan Yusuf Taiyoob? Iklan yang sinonim dengan rakyat Malaysia ketika bulan Ramadhan tiba.
Mengapa iklan ini menjadi ingaun kita? Pastinya, kerana taglinenya yang berjaya menghantui minda kita dengan suara perempuan berbisik menyebut Yusuf Taiyoob.
Jutawan Kurma atau dikenali sebagai Raja Kurma ini mempunyai lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di gudang Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Perjalanan dan rentetan kisah kejayaan yang dikecapi hari ini bukan kerja mudah yang boleh diperolehi atau dihasilkan dalam masa sehari dua tetapi ianya mengambil masa yang panjang. Namun hasilnya mampu membuatkan jenama Yusuf Taiyoob gah dalam lapangan perniagaan yang diusahakan.
#1- Usaha Jadi Pemilik Bisnes
Prinsip utama dalam hidup Datuk Yusuf Taiyoob ialah beliau tidak suka bekerja dengan orang lain atau bergelar pekerja tetapi lebih suka menjadi bos biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit.
Beliau pernah menjual minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas dan juga pernah dihalau oleh syarikat besar ketika menjual minyak wanginya.
Kerana itu beliau tekad untuk menjadi pemilik bisnes supaya beliau tidak ditindas sesuka hati oleh orang lain dan beliau dapat membuka peluang pekerjaan kepada yang memerlukan.
#2- Buru Peluang Depan Mata
Memburu impian dan peluang adalah dua perkara berbeza. Memburu peluang adalah bagaimana cara kita mencari dan melihat setiap peluang yang ada.
Menapis setiap peluang yang ada atau merebut semua peluang yang datang dengan sebaiknya. Jangan tamak dan terburu-buru.
Datuk Yusuf Taiyoob amat menghargai setiap peluang yang datang dan pastinya beliau akan memanfaatkan peluang yang ada itu dengan sebaiknya.
#3- Bijak Selesaikan Masalah
Menjadi pemilik bisnes bukan hanya menunggu duit masuk sahaja tetapi setiap risiko yang datang perlu ditangani dengan cemerlang. Waras dalam membuat keputusan yang tidak memudaratkan bisnes.
Contohnya beliau pernah berhadapan dengan masalah di mana kurma yang diimport dari Iran tidak berkualiti seperti yang dipersetujui dalam perjanjian, namun beliau tidak terus melatah, beliau mengambil inisiatif sendiri dengan pergi ke negara Iran dan menyelesaikan masalah dengan bijak supaya perkara yang sama tidak berulang lagi.
#4- Fikir Jauh Ke Depan
Nak jadi jutawan, fikiran mesti ke depan sebelum orang lain datang. Bukan fikir setakat biasa-biasa tetapi mesti diluar takuk kebiasaan.
Lihat bagaimana Datuk Yusuf Taiyoob berani mewujudkan sesuatu perkara yang baru iaitu menjual makanan dari timur tengah termasuk kurma di pasaran tempatan, walaupun pada mulanya ramai yang tidak yakin akan bertahan lama.
Fikir jauh ke depan perlu selaras dengan kekuatan mental dan emosi kerana pada asasnya pasti anda akan diserang bertubi-tubi dengan ketidakyakinan orang lain terhadap apa yang bakal anda usahakan.
#5- Jangan Gusar Dengan Kegagalan
Kegagalan dalam perniagaan minyak wangi tidak mematahkan semangat beliau, beliau berusaha dan mencari jalan lain dengan menukar corak perniagaan iaitu perniagaan kurma.
Bagi beliau, gagal sekali tidak mengapa, tetapi gagal dua kali ditempat yang sama itu perlukan tindakan segera. Kegagalan akan menjadi pemacu kita untuk lebih berusaha mencapai apa yang kita impikan sebenarnya.
#6- Tebalkan Kesabaran
Lihat bagaimana kesabaran yang menebal dalam diri beliau membuahkan hasil apabila perniagaannya berkembang maju sehingga beliau mampu menjadi pengeluar dan pembekal kurma di pasaran tempatan serta negara jiran termasuk Singapura, Indonesia dan Thailand.
Jangan buat kerja sekerat jalan. Pupuk diri jadi orang penyabar. Setiap kesabaran pasti akan mendapat ganjarannya. Selalunya orang yang sabar akan mendapatkan hasil yang luar biasa berkat kesabaran yang lama.
#7- Jaga Kebajikan Pekerja
Beliau mempunyai sifat bertanggungjawab dan beretika terhadap pekerja-pekerjanya dan pihak-pihak tertentu yang mempunyai hubungan secara langsung atau tidak langsung dalam perniagaan beliau.
Beliau sangat menghargai pekerjanya kerana bagi beliau kebajikan pekerja adalah sumber rezekinya. Menjaga setiap sisi utama kebajikan pekerja itu sangatlah perlu supaya perniagaan yang diusahakan mendapat restu dari Yang Satu.
Sumber 7 Nasihat Jutawan Kurma Jenama Yusuf Taiyoob Yang Anda Boleh Contohi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Kz6T79
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment