Hi! Welcome Back and Stay Tune! But Salah jadi pameran di Muzium British - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

But Salah jadi pameran di Muzium British

SEPASANG but Mohamed Salah akan dipamerkan di Muzium British sempena final Liga Juara-Juara (UCL).

Kasut bintang Liverpool itu telah didermakan kepada institusi London selepas dia memenangi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan rekod 32 gol dalam 38 penampilan.

Pemain antarabangsa Mesir itu meraih populariti  bukan sahaja di Mesir, malah di United Kingdom (UK) dan di seluruh dunia berikutan persembahannya bersama The Reds selain mengetuai negaranya ke final Piala Dunia 2018.

Sepatu Salah itu akan ditempatkan di samping koleksi khazanah Muzium Mesir.

Penyimpan Artifak Mesir Purba dan Sudan, Neal Spencer, berkata: "Usahasama ini membolehkan koleksi terkenal Mesir diperkenalkan kepada dunia melalui Muzium British.

"Kasut ini menceritakan ikon moden Mesir di UK yang mencetuskan kesan besar di peringkat global.

"Ia dipamerkan di tengah-tengah patung-patung firaun purba, kami kini mempersembahkan but yang dipakai Mo Salah ketika memenangi Kasut Emas untuk Liverpool.

"Kerjasama ini membolehkan kami menceritakan kisah kehidupan Mesir pada abad ke-20 dan 21.

"Dari sudut sukan, hiburan, pemasaran sehinggalah kepada rekaan, koleksi ini kini boleh diakses oleh semua orang -- seperti zaman sejarah Mesir yang kaya."

Salah, yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik EPL musim 2018 , turut tercalon bagi Anugerah PFA oleh peminat.

Dia akan menghadapi saingan daripada David de Gea, Kevin De Bruyne dan Raheem Sterling, Harry Kane dan Eden Hazard.



Sumber But Salah jadi pameran di Muzium British

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KEQy0J

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.