Xiaomi Melancarkan iDol Smart Aircraft – Dron Pintar Dengan Kecerdasan Buatan
Xiaomi kini kelihatan semakin kerap melancarkan produk baru melalui laman biayasama mereka Youpin. Sebelum ini, mereka turut mempunyai dron jenama sendiri. Dron tersebut mampu merakam video 4K dan juga terbang pada kelajuan 120 KM/J. Terkini melalui laman biayasama Youpin, Xiaomi bekerjasama dengan iDol bagi melancarkan dron yang lebih murah dengan sistem kecerdasan buatan.
Dron ini juga boleh dikawal dengan kawalan gesture menggunakan jari atau telapak tangan seperti yang digunakan pada DJI Spark. Sistem kecerdasan buatan yang hadir pada dron ini mampu mempelajari pergerakan tangan pengguna bagi memudahkan kawalan dron tanpa menggunakan sebarang aplikasi.
Sebuah kamera dengan sensor 1080p/30 FPS untuk mengambil gambar disertakan. Bagi rakaman video pula, dron ini mampu merakam pada resolusi 720p dan boleh dikongsi terus ke media sosial.
Sistem kamera pada dron ini juga mampu mengesan pengguna ataupun objek dan memfokuskan kepada mereka. Jadi, jika pengguna/objek sedang bergerak dron ini boleh mengikuti mereka dan mengambil gambar pada sudut berbeza. Secara terus, menghasilkan satu gambar yang kreatif.
Kawalan dron ini pula amat mudah, lebih-lebih lagi untuk amatur. Dengan satu butang, dron ini boleh terbang/mendarat. Kemudian, dron ini boleh terbang pada sudut 45 darjah dan membuat putaran 360 darjah. Bateri pada dron ini pula adalah sebesar 1800mAh dan boleh kekal terbang selama 10 minit.
iDol Smart Aircraft dijual pada harga amat mampu milik RMB899 (~RM561) sebuah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Gu0nw6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment