Hi! Welcome Back and Stay Tune! Emma cuma kawan tapi mesra dengan Syed Saddiq - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Emma cuma kawan tapi mesra dengan Syed Saddiq

Baik sebelum pilihan raya umum mahupun selepas, nama Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus diperkatakan terutama dalam kalangan wanita.

Ibarat pisang goreng panas, kisah peribadinya mengundang perhatian ramai bermula dari tular gambar bersama kekasih, soal jodoh pilihan ibu hingga terbaru malam tadi beliau ditemubual hos rancangan hiburan MeleTop, Nabil Ahmad dan Neelofa.

Tidak kurang juga dalam kalangan selebriti tempatan secara terang-terangan menyatakan sokongan terhadap YB baru itu.

Antaranya pelakon Emma Maembong yang memuat naik klip video pendek bersama beliau di akaun Instagram miliknya lima hari lalu.

Bagaimanapun, timbul spekulasi Emma sengaja ingin mengambil kesempatan terhadap ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) itu terutama selepas kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

Menurut Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 26, dia sudah tiga tahun mengenali Syed Saddiq dan perkenalan itu bermula sejak sebelum beliau bergiat aktif dalam politik.

“Saya dikecam kononnya mahu mengambil kesempatan ke atas Syed Saddiq selepas memenangi kerusi Ahli Parlimen. Anda semua boleh tengok akaun Instagram saya di mana saya sebenarnya sudah lama berkawan dengan beliau.

“Kami mula berkawan apabila saya mengutus mesej kepada Syed Saddiq meminta beliau membuat kejutan pada majlis hari jadi pembantu peribadi saya yang menyukai ketokohannya berdebat. Syed Saddiq dengan rendah hati bersetuju melakukannya. Dari situlah kami mula berkawan,” katanya.

Memetik BH Online, Emma berkata, Syed Saddiq menyokong kerjaya seninya malah hadir pada majlis pelancaran filem dibintanginya, Kimchi Untuk Awak.

“Sebelum ini, apabila saya memuat naik foto bersama dirinya, tiada siapa kisah. Sekarang, apabila beliau sudah jadi Ahli Yang Berhormat, baru orang perasan,” katanya.

Anggap Kamal sahabat baik

PRU14 menyaksikan syed Saddiq, calon BERSATU yang bertanding atas tiket PKR menewaskan penyandang Parlimen Muar Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) dan pencabar Abdul Aziz Talib (PAS) dengan majoriti 6,953 undi.

Dalam pada itu, mengulas mengenai hubungannya dengan Kamal Adli, Emma kini menganggap aktor itu adalah sahabat baiknya.

“Saya tidak lagi memikirkan soal kahwin, sekarang sudah tiada apa yang mahu diperkatakan mengenai kisah peribadi saya. Saya masih lagi berkawan dengan Kamal dan keluar bersama.

“Kalau sampai masanya ada yang masuk meminang dan ajak saya berkahwin, saya akan berkahwin. Tapi sekarang saya tidak lagi berharap dan hanya berserah,” katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wUeKKD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.