Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mood Republik Teruskan Tradisi Hujan Duit Tetapi Bersyarat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mood Republik Teruskan Tradisi Hujan Duit Tetapi Bersyarat

Mood Republik Teruskan Tradisi Hujan Duit Tetapi Bersyarat
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Kimi Iskandar Ismail menjelaskan tradisi hujan duit yang dilakukan di setiap lokasi festival berkenaan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan.

Datuk Kimi berkata hujan duit tetap akan diteruskan walaupun menerima kecaman netizen.

“Saya akui kecaman itu pasti ada, tetapi kami tetap dengan pendirian untuk meneruskan tradisi tersebut. Bagi saya, apa sahaja yang kita buat pasti akan ada orang yang suka dengan tidak.

“Acara ini sudah banyak kali diadakan dan semuanya berada dalam keadaan terkawal. Acara tradisi ini dijalankan mengikut beberapa garis panduan yang telah ditetapkan.

“Untuk memastikan keselamatan pengunjung, kami telah menetapkan beberapa golongan yang tidak boleh menyertai hujan duit.

“Mereka ialah individu kelainan upaya, wanita yang hamil, warga emas dan juga kanak-kanak. Jika ada yang melanggar syarat ini, pihak rela akan tarik mereka keluar dari kawasan berkenaan.

“Selain itu, kami juga menyediakan ambulans sepanjang festival berlangsung sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Tetapi setakat ini segalanya berjalan dengan lancar,” jelasnya.

Datuk Kimi ditemui di sidang media Back To Back Raya Galore Festival Mode Republik 2018 yang berlangsung di Hotel Seri Pacific baru-baru ini.
 

Penganjuran tahun kelima Mood Republik ini menghimpunkan 1000 jenama usahawan bumiputra serta selebriti popular seperti Emma Maembong, Yana Samsudin, Rozita Che Wan, Zain Saidin dan ramai lagi.

Mood Republik berlangsung selama 72 jam tanpa henti bermula di Kelantan pada 18 dan 19 Mei, Kedah (1 & 2 Jun), Pahang (2 & 3 Jun) dan lokasi kemuncak, KL Raya Fest 2018 yang akan berlangsung PWTC pada 8 sehingga 10 Jun.

Menariknya, seramai 97 selebriti yang terbabit dalam festival kali ini seperti Fazura, Fattah Amin, Saharul Ridzwan, Yana Samsudin, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Janna Nick dan ramai lagi.
 



Sumber Mood Republik Teruskan Tradisi Hujan Duit Tetapi Bersyarat

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Iu2s0Q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.