Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ronaldo ketuai Portugal ke Russia tanpa Gomes, Nani - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ronaldo ketuai Portugal ke Russia tanpa Gomes, Nani

CRISTIANO Ronaldo akan mengetuai juara Eropah, Portugal, dalam kempen Piala Dunia di Russia, namun tiada tempat untuk pemain tengah Barcelona, Andre Gomes, dalam skuad asuhan Fernando Santos itu.

Nama Ruben Neves turut tercicir di sebalik musim cemerlang diharungi bersama Wolves dalam kancah Liga Kejuaraan, namun Joao Mario tersenarai selepas kembali menyerlah sewaktu dipinjamkan kepada West Ham dari Inter.

Santos mengambil langkah dengan mengetepikan pemain sayap berpengalaman, Nani, namun seorang lagi tonggak berpengalaman, Ricardo Quaresma, terus mendapat kepercayaan untuk memberi pilihan kepada barisan serangan yang bakal ditunjangi Ronaldo, penyerang AC Milan, Andre Silva, dan pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva.

Kelincahan Rony Lopes sewaktu memperkuatkan AS Monaco pula dipandang sepi di samping wira Kejohanan Euro 2016, Eder, apabila perlu memberi laluan kepada Bernardo Silva.

Portugal akan memulakan kempen Kumpulan B berdepan Sepanyol sebelum menghadapi Maghribi dan Iran.

"Tidak mungkin untuk mengatakan bahawa skuad ini lebih ampuh berbandingan skuad Euro (2016)," kata Santos kepada pemberita.

"Saya mempunyai keyakinan mutlak terhadap skuad ini, seperti dalam kempen sebelum ini.

"Dalam tempoh seratus tahun, Portugal tidak pernah memenangi apa-apa. Dengan kualiti pemain ini, saya berani mengatakan bahawa saya mempunyai keyakinan yang sama terhadap kedua-dua kumpulan."

Mengenai keputusan mengetepikan Gomes, yang menempuhi tempoh sukar di Barcelona sejak berpindah ke Camp Nou dari Valencia selepas Euro 2016, tambah Santos: "Saya sangat menghormati Andre Gomes. Pemain-pemain ibarat anak-anak saya, tetapi saya tidak boleh memiliki anak dan anak tiri. "

Senarai skuad Portugal:

Anthony Lopes (Lyon), Beto (Goztepe), Rui Patrício (Sporting CP); Bruno Alves (Rangers), Cedric Soares (Southampton), Jose Fonte (Dalian Yifang), Mario Rui (Napoli), Pepe (Besiktas), Raphael Guerreiro (Borussia Dortmund), Ricardo Pereira (Porto) Ruben Dias; Adrien Silva (Leicester City), Bruno Fernandes (Sporting CP), Joao Mario (Inter), Joao Moutinho (Monaco), Manuel Fernandes (Lokomotiv Moscow), William Carvalho (Sporting CP); Andre Silva (AC Milan), Bernardo Silva (Manchester City), Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Gelson Martins (Sporting), Gonçalo Guedes (Valencia) dan Ricardo Quaresma (Besiktas)



Sumber Ronaldo ketuai Portugal ke Russia tanpa Gomes, Nani

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IUpeyq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.