Hi! Welcome Back and Stay Tune! Beg tangan Siti Hasmah hanya RM125.10? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Beg tangan Siti Hasmah hanya RM125.10?

Gambar itu dipercayai dirakam ketika lawatan beliau bersama Tun Dr Mahathir Mohammad di Perdana Putra, Putrajaya.
(Gambar Facebook)
Beberapa gambar menunjukkan Tun Dr Siti Hasmah memegang beg tangan menjadi tular selepas didakwa ia beg jenama Marie Claire berharga RM125.10 di Zalora.
Walaupun tidak dipastikan sama ada ia benar-benar beg Marie Claire, jenama beg tangan oleh Bata, namun gambar mirip beg tersebut dipercayai daripada jenama berkenaan.
Foto itu dipercayai dirakam ketika lawatan beliau bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad di Perdana Putra, Putrajaya untuk berucap di hadapan kakitangan awam.
Gambar tersebut dikongsi di laman sosial Facebook Kelab Che Det yang dikongsi lebih 1,300 kali selain disukai lebih 10,000 kali.
Segelintir netizen mempersoal kesahihan perkongsian tersebut namun ramai yang akui pasangan itu sememangnya mengamalkan gaya hidup sederhana sejak dulu lagi.
Misalnya, Rothmans M Letterman menulis, “Memang dari dulu lagi Tun dan isteri tak pernah mewah-mewah. Kenderaan kerajaan pun semua guna Proton.”
“Kesederhanaan isteri Tun tetap diberi penghormatan dan disanjungi oleh berbilang lapisan masyarakat… Syabas Tun dan isteri!” tulis Lily Boon pula.
Tidak ketinggalan, ada yang sudah menjangka Lazada dan Marie Claire bakal dipenuhi dengan tempahan bagi beg mirip yang dibawa Siti Hasmah.
“Kejap lagi, Lazada penuh dapat order beg ni… Sold out punya. Handbag mampu milik raya baq hang,” tulis Muhammad Shah Rizal .
Margerita Murib pula menulis,”Benda murah di tangan orang yang baik dan budiman nampak ada kelas tapi benda mahal di tangan orang jahat nampak murah dan lama.” -FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IEOp4M

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.