Hi! Welcome Back and Stay Tune! RAKYAT MESTI SEDAR HAK UTUSAN MENENTANG MAHATHIR SEBAGAI SUARA UMNO - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RAKYAT MESTI SEDAR HAK UTUSAN MENENTANG MAHATHIR SEBAGAI SUARA UMNO

Banyak orang bertanya kenapa Utusan Malaysia  tidak berubah menyesuaikan dasarnya dengan cita rasa rakyat yang telah memilih Pakatan Harapan  dan terus menyuarakan suara Najib walaupun UMNO telah tewas.
Malah Mingguan Malaysia hari ini   menyuarakan suara Najib atas nama Awang Selamat yang sama dengan  suara Najib yang tersiar diakhbar lain tentang pengakuan PH mewarisi  keadaan ekonomi yang baik dan mahu meneruskan BRIM.
Awang Selamat masih mahu raihkan simpati rakyat kepada Najib dan memperkecilkan Tun Dr.Mahathir kerana  masih tidak hapuskan GST dan beberapa janji dalam manifesto disamping  membuat beberapa kesilapan dalam perlantikan menteri kabinet dan lain-lain perlantikan.
Jika tidak betujuan membela Najib masakan Utusan membodohkan diri menuntut  Mahathir melaksanakan semua janjinya  dalam sekelip mata sedangkan rakyat yang waras telah melihat Mahathir  dalam usia lanjutnya  mengejar masa dan bergelut  mengambil beberapa langkah segera untuk menyelamatkan kuasa  dan menunaikan janji yang diamanahkan oleh rakyat dari sejak  malam pilihanraya.
Setelah menyedari ada percubaan untuk menghalang kuasa rakyat, Mahathir dengan nekad  dan berani mengisytiharkan rakyat telah menang  dengan memerintahkan Ketua Setiuasaha  Negara  mengisytiharkan cuti kemenangan PH yang dijanjikan kepada rakyat walaupun belum disahkan oleh Suruhajaya Pilihanraya. Sekaliguas rakyat tahu mereka telah menang.
Kecekapan Mahathir ini diluar jangkaan Najib yang dalam keadaan panik tidak dapat menerima kekalahan dan telah menyebabkan SPM melewatkan pengesahan kerajaan  BN telah  runtuh dan  PH telah  berkuasa.
Hasrat Najib untuk terus berkuasa walaupun telah kalah  terserlah lagi bila pada pagi sebelum Mahathir  mengangkat sumpah, Najib  telah mempertikaikan kesahihan  majoriti PH mengikut pembahagian parti-parti  tetapi Mahathir segera menjawab bahawa majoriti bergantung kepada sokongan anggota Dewan Rakyat  dan beliau mendapatkan tandatangan semua pemimpin-pemimpin parti PH yang menyetujui perlantikannya sebagai  perdana menteri.
Jelas Najib mahu melakukan kecurangan demokrasi dan jika Mahathir tidak pantas dan  cekap mungkin kerajaan PH tidak dapat ditubuhkan dan menghadapi krisis perlembagaan dan kebuntuan untuk menubuhkan kerajaan PH. Ini adalah perbuatan hendak mengkhianati undi rakyat.
Mahathir  telah bekerja keras dari malam pilihanraya itu, tidak sahaja umtuk mempastikan dirinya dilantik menjadi Perdana Menteri atas harapan rakyat tetapi juga melantik kabinet teras, menubuhkan  Majlis Penasihat Kerajaan bagi merangka  penghapusan segera  GST  dan memperkenalkan  semula cukai jualan dan perkhidmatan dalam dua tiga bulan lagi.
Tugas Mahathir bukan mudah kerana beliau bukanlah mewarisi atau menyambung kerajaan yang telah berkuasa tetapi sebuah kerajaan baru dan  beliau terburu-buru kerana beliau sedar masa baginya adalah suntuk tetapi beliau perlu mempastikan asas sebuah kerajaan yang mantap yang diyakini oleh rakyat.
Dalam keadaan ini, rakyat yang  akan memberikan kemaafan terhadap satu dua kesilapannya. Perlantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan sekali gus membangkitkan keyakinan yang sangat besar di kalangan rakyat atas hasratnya untuk membentuk kerajaan yang tidak bercorak   perkauman. Demikian juga dalam melantik dirinya menjadi Menteri Pelajaran atas  hasratnya yang sangat besar untuk mencerdikkan rakyatnya yang berfikiran tidak seimbang kerana kelemahan Bahasa Inggeris.
Walaupun GST belum dihapuskan tetapi kalangan perniagaan telah menyambutnya  dengan positif dengan lebih dahulu mengurangkan harga barangan jualan mereka  malah penjual kereta yakin jualan mereka akan melonjak segera.
Bagaimanapun hari ini Awang Selamat mendakwa bahawa Mahathir telah banyak melakukan kesilapan dalam masa yang singkat sehingga menjadi bahan sinikal rakyat. Rakyat mana yang diwakili oleh Utusan? Sinikal bagi  orang UMNO dan bagi beberapa kerat pembaca  Utusan yang masih dalam kegilaan hilang kuasa.
Awang Selamat menunjukkan  perlantikan Azmin Ali  sebagai Menteri Hah Ehwal Ekonomi tidak sepatutnya berlaku kerana dia adalah Menteri Besar Selangor
Juga dipertikaikan lantikan Lim Guang Eng sebagai Menteri Kewangan  dan perlu ketua baru SPRM, pemecatan  Pegaum Negara  Apandi Ali dan pembatalan keputuan ROS mengenai status Pakatan Harapan dan PPBM. Kononnya pembatalan ini  tidak ikut peraturan.
Jika ini semua tidak mengikut peraturan maka apakah kecurangan  Najib untuk terus berkuasa  dan menghalang PH untuk mengambil alih kuasa yang menjadi kemarahan dan sumpah seranah rakyat hingga melewatkan peralihan kuasa bukan sesuatu yang tidak ikut peraturan dan peradaban demokrasi?
Nasib baik Polis Diraja  Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia telah datang kepada kewarasan dan mengambil tindakan bijaksana untuk mengawal kemarahan rakyat dari memuncak  menjadi suatu rusuhan besar yang boleh membawa kepada perisyhtiharan darurat.
Bagaimanapun orang ramai tidak boleh mempunyai persepsi yang salah terhadap Kumpulan Utusan Melayu yang terus  menafikan cita rasa  rakyat terbanyak sebaliknya terus bersuara mengikut naluri  Najib dan  UMNO kerana akhbar ini adalah kepunyaan UMNO. Pemegang terbesar sahamnya  adalah  UMNO.
Maka itu jika mengharapkan Utusan berubah maka samalah seperti mengharapkan UMNO menjadi Pakatan Harapan.
Sebaik-baiknya Utusan harus dibiarkan terus menyanyi lagu lama , memuja   Najib dan  menyokong UMNO  yang kerananya  telah menyebabkan rakyat tidak lagi menganggapnya suara mereka, memulaukannya tanpa diarahkan.
Utusan telah menjadi suara yang dibenci rakyat. Nostalgia dan sentimental orang Melayu terhadapnya sudah lenyap. Hidup matinya sudah tidak bernilai lagi kepada rakyat kerana telah terputus dari hati nurani rakyat sejak menjadi suara Najib.
Pengedarannya melonjak sehari dua sahaja selepas pilihanraya baru -baru ini kerana orang ramai hendak melihat perubahannya  tetapi apabila jelas ia meneruskan dasar – dasar UMNO dan Najib, masih beirama sumbang dan basi. Maka rakyat  yang menolak UMNO akan tetap menolak akhbar ini.
Tidak sewajarnya mana-mana parti  dalam Pakatan Harapan mengambil alih akhbar ini kerana ia akan mati dengan sendirinya atas kegagalannya memahami citarasa rakyat kecuali jika UMNO masih ghairah untuk menyelamatkannya tetapi orang UMNO sendiripun  tidak lagi membacanya.
– https://ift.tt/2c8nmBg


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IVtm12

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.