Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hisense Malaysia Memperkenalkan Siri Televisyen 4K Baru Bersempena Acara Piala Dunia 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hisense Malaysia Memperkenalkan Siri Televisyen 4K Baru Bersempena Acara Piala Dunia 2018

2018 merupakan tahun dimana acara bola sepak Piala Dunia akan berlangsung, dimana pelbagai jenama pembuat televisyen dilihat akan melancarkan pelbagai model yang hadir dengan ciri-ciri yang cukup menarik.

Hisense Malaysia hari ini baru sahaja mengumumkan kehadiran tiga buah televisyen baru untuk pasaran tempatan, termasuklah Hisense U7A, U9A dan juga Hisense Laser TV.

Hisense U7A merupakan sebuah siri televisyen 4K yang hadir dengan beberapa panel bersaiz 65 inci yang menggunakan teknologi Elite Backlight yang digabungkan dengan teknologi paparan HDR dan rekaan serba nipis untuk memastikan pengguna dapat menonton perlawanan bola dengan terang dan lancar.

Hisense U9A pula hadir dengan paparan bersaiz 75 inci dan menggunakan teknologi Prime Array Backlight, iaitu panel pencahayaan belakang LED yang mampu mengawal warna dan pencahayaan panel televisyen ini untuk memastikan warna yang keluar adalah setepat yang mungkin. Ia juga mempunyai ciri Ultra Motion Plus yang memastikan bahawa aksi-aksi yang pantas dapat dilihat dengan jelas melalui televisyen ini.

Akhir sekali ialah Hisense Laser TV yang merupakan televisyen pancaran laser 4K dengan skrin sebesar 100 inci. Sebuah kotak projektor memancarkan imej kepada skrin yang dipasang pada dinding. Laser TV menggunakan konsep yang sama seperti sebuah wayang gambar. Turut disertakan ialah sistem audio talaan Harman Kardon yang berfungsi secara tanpa wayar.

Di Malaysia Hisense U7A dijual pada harga RM6999, Hisense U9A pula dijual pada harga RM19,999 dan akhir sekali Hisense Laser TV dijual pada harga RM39,999 sebuah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KFdL2V

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.