Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sukarelawan didakwa songlap wang ceramah RM35,000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sukarelawan didakwa songlap wang ceramah RM35,000

Sinar Harian
Mahkamah
Gambar hiasan
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA - Seorang sukarelawan wanita DAP dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri wang hasil kutipan ceramah parti berjumlah RM35,019.45, minggu lalu.

Chung Siew Kim, 41, seorang peniaga dalam talian itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nurshahirah Abdul Salim.

Wanita itu didakwa mencuri wang tunai berjumlah RM34,428.45, dua keping cek bernilai masing-masing RM500 dan RM75, mata wang Thailand 100 baht (RM12) dan mata wang Amerika Syarikat USD1 (RM4) di Pejabat DAP di Damansara Utama, di sini, pada 4 petang, 9 Mei lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Mohd Syazwan Mohd Hassan memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya hanya bekerja sendiri.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Julai untuk sebutan semula kes. - Bernama



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rScEGi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.