Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki ‘block’ wanita di laman sosial, konon elak batal puasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki ‘block’ wanita di laman sosial, konon elak batal puasa

Susulan hashtag yang viral di Twitter, netizen khususnya wanita Arab tampil pertahankan diri mereka.
Satu rangkaian hashtag dalam bahasa Arab berbunyi, “Takut terbatal puasa, jadi saya ‘block’ semua wanita” viral dalam kalangan pengguna Twitter di negara teluk itu.
Ternyata individu yang perkenalkan hashtag bertulisan Arab itu, menyalahkan wanita atas kekurangan komitmen lelaki dalam melunaskan tanggungjawab rukun Islam, berpuasa.
Lelaki yang tampil dengan hashtag tersebut berkata wanita adalah “dosa”, harus dielak sepanjang bulan berpuasa.

Menariknya hashtag itu lain pula jadinya apabila ramai mengecam mentaliti sempit lelaki yang menyebarkan fahaman kolot tersebut.
Kebanyakan wanita menyerang hashtag itu dengan mengajak lelaki yang berpendirian sama supaya segera “block” mereka di laman sosial selama-lamanya.
Ada pula yang menyindir mengharapkan Ramadan diraikan sepanjang tahun supaya mengelak mereka daripada “berkawan” dengan mereka yang mempunyai fahaman diskriminasi gender.
“Kami harus ‘block’ mentaliti regresif anda yang menumpu pada tubuh wanita pada bulan suci ini. Seorang wanita sempurna bukan kerana tubuh sahaja, tetapi otak, adab, keyakinan diri dan kemanusiaannya. Wanita melengkapi lelaki,” kata @hol511 di Twitter.
Sejak diviralkan pada hari pertama berpuasa oleh individu yang tidak dapat dipastikan identitinya, Stepfeed.com melapor ia menerima ratusan reaksi netizen.
“Kalau anda rasa wanita hanya mengenai tubuh badan, maka ketahui kelelakian pula hanya pada nama,” tweet @Faisalbinfahad4.
“Kamu hanya takutkan nafsu sendiri. Wanita adalah saudari kita, adik beradik kira dan komponen utama dalam setiap isi rumah. Takut pada Allah dan bukan yang lain,” tweet @eslllom
Rata-rata lelaki dan wanita menggunakan hashtag berkenaan semata-mata untuk menunjukkan sokongan mereka kepada kaum wanita. -FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IEO1mQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.