Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr M kini dilihat tadbir negara secara solo – Puad - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr M kini dilihat tadbir negara secara solo – Puad

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mahathir kini dilihat mentadbir negara secara solo selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi pilihan raya umum, 9 Mei lalu.

Menurut bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu beberapa keputusan yang dibuat Mahathir kini menggambarkan tindakan autokratik seperti pentadbirannya dahulu.

“Perdana Menteri dilihat mentadbir negara secara solo kerana hahya dia seorang sahaja yang baru mengangkat sumpah (sebagai perdana menteri).

“Dalam tempoh tersebut dia telah mengarahkan Peguam Negara bercuti, memendekkan tempoh perkhidmatan Ketua Setiausaha Perbandaharaan, membatalkan keputusan ROS yang tidak meluluskan penubuhan Pakatan Harapan dan meluluskan semula pendaftaran parti PPBM (BERSATU) yang sebelum ini diharamkan buat sementara waktu.

“Apakah itu juga bermakna negara akan kembali kepada pemerintahan autokratik seperti sebelumnya.

“Jangan hairan selepas ini parti Umno pula akan diharamkan dengan alasan alasan teknikal seperti yang dijangkakan,” katanya.

Seramai 16 bekas anggota Umno hari ini membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan mereka untuk mencabar kesahihan parti itu kerana tidak mengadakan pemilihan dalam tempoh ditetapkan.

Peguam Irzan Iswat Mohd Nor yang mewakili 16 individu terbabit berkata, pihaknya sudah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada 27 April lalu.

‘Keras dan berdendam’

Sementara itu, Puad berkata serbuan ke atas rumah Datuk Seri Najib Razak dilihat sebagai tindakan keterlaluan dan bertujuan untuk mengaibkan bekas perdana itu semata mata.

Katanya, serbuan tersebut dilakukan pada waktu dan menggunakan kaedah yang tidak sesuai.

“Tindakan itu memberi gambaran pentadbiran hari ini adalah keras dan berdendam,” katanya.

Mengenai pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Puad turut menyentuh hubungan bekas Ketua pembangkang itu dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

“Anwar seperti tidak selesa dengan kehadiran Tun Daim. Manakala Daim pula berkata masih terlalu awal untuk Anwar menjadi Perdana Menteri.

“Setelah bebas, Anwar bertegas tidak mahu menyertai kabinet Kerajaan Tun Mahathir. Apakah itu bermakna Anwar mahu mengelak terbabit dengan lebih banyak lagi tindakan tindakan kontroversi oleh perdana menteri?” soalnya.

Menurut Puad, beliau berharap Anwar akan mengotakan janjinya untuk menyiasat amalan kapitalisme kroni yang diamalkan ketika zaman pentadbiran Mahathir selama 22 tahun.

“Kini dia (Anwar) telah bebas dan partinya adalah parti pemerintah maka sewajarnya dia mendesak disiasat kekayaan anak Perdana Menteri yang sering dipersoalkannya.

“Anwar, walk the talk,” kata Puad.

 

Sumber :



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IypkMF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.