Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berjaga-Jaga Dengan Gelombang Fitnah Menjelang Detik 9 Mei... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berjaga-Jaga Dengan Gelombang Fitnah Menjelang Detik 9 Mei...





MULAI malam ini seluruh negara pasti digegarkan dengan ceramah politik oleh parti-parti yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Gelanggang pertempuran sudah dibuka di sebelah siangnya apabila berlangsungnya penamaan calon. Pertempuran sengit dijangka berlaku antara Barisan Nasional (BN), Pas dan gabungan pembangkang PKR dikuasai DAP.

Pilihan raya kali ini amat pen­ting. Ia dianggap penentu kepada masa depan negara. Keghairahan gabungan pembangkang PKR yang bersedia mengamalkan politik matlamat menghalalkan cara demi mencapai cita-cita politik mereka menguasai negara boleh dianggap ancaman dalam usaha melihat satu kempen yang bersih.

Awal-awal lagi mereka sudah menguar-uarkan PRU-14 akan menjadi pilihan raya paling kotor dan kerajaan BN akan melakukan penipuan. Tetapi persoalannya siapakah yang akan mencetuskan kekotoran tersebut? Kalau BN mahu menipu tidak perlu me­nunggu sehingga tahun 2018 sebaliknya sejak 2008 lagi, ia boleh dilaksanakan. Tetapi BN menye­rahkan kepada rakyat menentukannya sebab itulah sehingga hari ini Kelantan kekal di tangan Pas dan sudah dua penggal DAP memerintah Pulau Pinang manakala PKR menerajui Selangor.

Penulis percaya gelombang fitnah akan semakin ‘menghempas’ sepanjang kempen berlangsung dan menjelang tempoh akhir berkempen ia boleh bertukar menjadi ‘tsunami’, yang jika tidak dikawal boleh menghuru-harakan negara.

Rakyat perlu berhati-hati de­ngan gelombang fitnah tersebut. Mereka perlu bijak menilai setiap hujah oleh gabungan pembangkang PKR yang sudah pastinya akan dihiasi dengan maki hamun terhadap pemimpin-pemimpin BN.

PRU-14 adalah penentu masa depan dan untung nasib bangsa. Janganlah terperdaya dan terhasut dengan ajakan pemimpin-pemimpin yang rakus kuasa serta sudah dikuasai dengan politik kebencian. Dalam kalangan mereka sendiri mempunyai misi berbeza, seorang mahu menjatuhkan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak de­ngan memecahbelahkan orang Melayu manakala satu lagi kelompok merasakan inilah kesempatan terbaik mereka untuk berkuasa dengan mengambil kesempatan daripada perpecahan berkenaan.

Kalau mereka ikhlas mahu berjuang untuk rakyat dan mempu­nyai agenda yang lebih hebat daripada BN bagi membangunkan negara, mereka hanya akan membentangkan bagaimana ma­hu melaksanakan apa yang terkan­dung dalam manifesto mereka, tetapi manifesto mereka sekadar sehelai kertas yang mempunyai janji-janji kosong yang tidak mampu akan dilaksanakan.

Mereka masuk ke gelanggang bukan untuk membela nasib rakyat atau menyelamatkan negara seperti mana mereka canangkan tetapi sekadar mahu memenuhi nafsu politik merebut kekuasaan yang seolah-olah tidak mampu dibendung lagi.

Disebabkan nafsu inilah me­reka bersedia melakukan apa sahaja dan yang jahilnya ialah pemimpin-pemimpin Melayu yang bersedia diperalatkan bagi memenuhi impian orang lain untuk meraih kuasa. Selama ini kelompok itu tidak mempunyai kekuatan selain berharap kepada satu kelompok pengundi sahaja, tetapi sekarang mereka sudah ada ‘pak turut’ yang akan berusaha memancing satu lagi kelompok pengundi, sekali gus akan memenuhi impian mereka yang terpendam sekian lama.

Sudah pasti ketika menghadi­ri ceramah-ceramah gabungan berkenaan, mereka akan mende­ngar pelbagai cerita yang kononnya bukti keburukan kerajaan sedia ada dan mereka juga akan diberi jaminan bahawa orang Melayu tetap terbela jika siapa pun memerintah. Soalnya siapakah paling berkuasa dalam gabungan itu? Siapakah yang paling awal sudah mencalonkan individu untuk menjadi menteri? Siapakah yang paling tegar untuk terus mempertahankan konsep Malaysian Malaysia tanpa mempedulikan sedikitpun perasaan pemimpin Me­layu dalam gabungan berke­naan yang satu ketika pernah mengkritik konsep tersebut?

Fikirlah! Jangan terbuai de­ngan gambaran-gambaran indah yang diberikan oleh pemimpi­n-pemimpin gabungan itu seolah-olah mereka makhluk paling suci, paling adil dan paling demokrasi di muka bumi Allah ini.

Kajilah kembali kenyataan mereka sebelum ini yang memaki hamun dan mendedahkan kepincangan sesama sendiri. Apakah semua ‘dosa’ itu sudah dilupakan atau terhapus dengan sendiri apabila mereka bergabung dalam satu pakatan semata-mata mahu me­rebut kuasa.

Sesungguhnya kerjasama dan kesepakatan mereka tidak ikhlas. Mereka berpakat hanya kerana kuasa, mereka berbaik-baik ke­rana mahu melaksanakan agenda politik masing-masing dan mereka bekerjasama semata-mata disebabkan merasakan inilah peluang terbaik untuk memerintah negara.

Soalnya, apakah akan berla­ku kepada negara selepas itu? Apakah nasib orang Melayu jika konsep Malaysian Malaysia dilaksanakan? Adakah pemimpin-pemim­pin Melayu dalam gabu­ngan berke­naan berani menentang parti yang memper­kenalkan konsep tersebut? Justeru jangan biarkan api kebencian yang disemarakkan membakar masa depan bangsa khususnya orang Melayu dan me­ranapkan keharmonian kaum di negara ini.

PRU-14 bukan sekadar satu pilihan raya yang perlu dilaksanakan setiap lima tahun sekali. PRU-14 bukan hanya memberi hak kepada warga negara Malaysia yang layak untuk mengundi dan sudah pasti PRU-14 bukan sahaja me­dan membenarkan sesiapa sahaja bertanding. Tetapi PRU-14 adalah penentu segala-galanya di bumi bernama Malaysia ini.

Justeru janganlah mendengar fitnah, janganlah percaya kepada tohmahan dan jangan terperdaya dengan hasutan yang pastinya akan dihambur dan bergentaya­ngan sepanjang kempen bermula pada malam ini. Renungkanlah wajah-wajah anak bangsa dan harganya apa yang kita nikmati sekarang.

Janganlah musnahkan semua itu hanya disebabkan mainan­ politik satu kelompok yang me­nghalalkan segala cara semata-mata mahu berkuasa.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2jhDqmq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.