Hi! Welcome Back and Stay Tune! PPBM Bertanding Sesama Sendiri Di Kerusi DUN Kuah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PPBM Bertanding Sesama Sendiri Di Kerusi DUN Kuah





ALOR SETAR - Mohamad Ratu yang merupakan bekas Ahli Jawatankuasa PPBM Bahagian telah mengambil keputusan bertanding di atas tiket bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah, kerana tidak berpuas hati dengan calon yang di ketengahkan PPBM.

Beliau telah membuat kejutan itu apabila tampil menghantar borang pencalonan semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi di sini semalam.

Keputusan itu bakal menyaksikan Mohamad Ratu bakal menentang bekas Ketua Pemuda PPBM Bahagian Langkawi, Mohd. Firdaus Ahmad yang menggunakan tiket PKR dan calon BN, Nor Saidi Nanyan serta Mazlan Ahmad dari Pas.

Mohamad Ratu berkata, beliau memilih untuk bertanding atas tiket Bebas di DUN Kuah kerana membantah pencalonan Mohd. Firdaus apabila dia tidak dipilih kerana dikatakan tidak mengikut prosedur yang betul melalui mesyuarat Pakatan Harapan.

Sebaliknya tegas beliau, nama Mohd. Firdaus tiba-tiba sahaja diumumkan sebagai calon sedangkan individu yang bertungkus lumus membuat kerja selama ini langsung tidak mendapat tempat.

Memetik Utusan Online, katanya, individu yang diangkat oleh parti itu juga langsung tidak dikenali di DUN Kuah selain ditolak oleh akar umbi di kawasan berkenaan.

Sebelum ini, lebih 5,000 penduduk telah menandatangani petisyen bagi menolak Mohd. Firdaus yang kemudiannya dihantar kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, namun tidak ada sebarang tindakan diambil.

Tambah Mohamad Ratu, beliau yakin jumlah bantahan petisyen itu boleh melonjak sehingga 10, 000 dan baginya sangat rugi jika letak calon yang terang-terang di tolak.

Katanya lagi, dia bertanding atas tiket Bebas adalah kerana ingin berjuang dan membawa perubahan di Kuah selain mencapai kemenangan di kawasan tersebut dalam PRU-14.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JDxDTB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.