Hi! Welcome Back and Stay Tune! DxO Labs Memfailkan Perlindungan Muflis – Akan Menstruktur Semula Syarikat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DxO Labs Memfailkan Perlindungan Muflis – Akan Menstruktur Semula Syarikat

Lanjutan daripada laporan dan desas-desus pada minggu lepas, hari ini pihak DxO Labs telah mengemaskini laman mereka, dan menyatakan secara rasminya yang mana mereka telah memfailkan perlindungan muflis, dan kini dalam proses menstruktur semula syarikat mereka.

Untuk makluman, DxO Labs merupakan syarikat yang memfokuskan kepada perisian penyuntingan dan pemprosesan gambar, selain turut menawarkan kamera tambahan DxO One untuk peranti mudah-alih. Malah, DxO Labs juga sebelum ini telah mengambil-alih perisian penyuntingan Nik Collections daripada Google.

Walaupun memfailkan perlindungan muflis, pihak DxO Labs dilihat masih komited dalam menawarkan perisian terkini untuk pengguna mereka. DxO Labs mengatakan pada bulan Jun kelak, mereka akan menawarka kemaskini baru untuk perisian penyuntingan gambar DxO PhotoLab dan juga Nik Software Collection yang telah diambil-alih daripada Google pada tahun lepas.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai DxO Labs ini dalam minggu-minggu akan datang.

Untuk makluman, DxO Mark merupakan syarikat yang telah dipisahkan pada tahun lepas daripada DxO Labs, dan beroperasi secara bersendirian. Pemfailan muflis ini tidak memberikan sebarang kesan kepada syarikat DxO Mark yang terkenal dengan pemberian markah dan penilaian kamera.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ra1agD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.