Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembangkang Tandus Isu, Hanya Ulang-Ulang Cerita 1MDB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembangkang Tandus Isu, Hanya Ulang-Ulang Cerita 1MDB





ALOR SETAR – Bagaikan sudah ketandusan isu untuk diketengahkan, balik-balik pembangkang nak mempolitikkan isu 1MDB dan mengitar semula nama syarikat berkenaan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kali ini.


“Tak payah nak belit isu 1MDB,” demikian kata calon Parlimen Jerlun, Datuk Othman Abdul Aziz kepada pihak pembangkang yang asyik memutar-beliatkan isu berkenaan.


Tegas Othman, perkara yang penting adalah 1MDB kini berada di landasan yang telus dan benar malah Tun Razak Exchange (TRX) juga sedang dalam fasa pembinaan bahkan bandar Malaysia pula mendapat reaksi positif daripada syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa yang berminat terlibat sebagai pemaju induk projek tersebut.


Jelasnya, masa yang akan menentukan bahawa 1MDB akan menjadi konglemarat yang besar dan ia berjaya membuktikannya walaupun melalui kemelut hasil dakyah pembangkang.


“Apa yang nak bagitau, 1MDB berada di landasan yang betul,” katanya pada Jumaat lalu.


Menurut Othman, di Jerlun, BN hanya akan memperjuangkan isu-isu yang melibatkan bantuan hidup kepada pesawah, pekebun kecil dan program Bantuan Rakyat 1Malaysia.


“Dalam hal ini, apa yang penting ialah wakil rakyat yang dipilih memahami masalah rakyat sebab itulah kami lancar Jerlun For Jerlun,” katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2jkCWwa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.