#TsunamiPHitnah: KWSP, Tabung Haji Terus Kukuh, Bukti Pembangkang…
Usaha pihak pembangkang dalam menyerang institusi kerajaan dengan pelbagai dakwaan fitnah seperti mahu bankrap, rugi dan sebagainya merupakan modus operandi asas yang digunakan untuk mencairkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kebolehan tadbir urus kerajaan sejak dari dulu lagi, demikian jelas Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.
Kata Ismail, jika diimbau lima tahun kebelakangan ini, serangan fitnah dan tohmahan pembangkang terhadap institusi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji, dan sudah tentunya 1MDB, semakin diperhebatkan untuk menanamkan persepsi kepada rakyat bahawa kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) gagal mengurus tadbir dengan baik.
“Tapi hari ini, saya yakin bahawa rakyat sudah nampak apa yang didakwa oleh pembangkang itu terhadap KWSP, Tabung Haji dan lain-lain institusi GLC kerajaan hanyalah fitnah yang direka-reka sebagai satu propaganda politik mereka.
“Tentu antara kita masih ingat lagi bagaimana pendedahan editor Suara Keadilan, akhbar milik PKR yang mengakui pembangkang sememangnya menggunakan strategi Menteri Propaganda Nazi, Joseph Gobbels dengan mengulang-ulang pembohongan sehingga rakyat akhirnya jadi percaya dengan dakwaan mereka itu.
“Sebagai contoh isu Tabung Haji yang didakwa mahu bankrap oleh pemimpinnya Rafizi Ramli, ternyata dakwaan Rafizi itu hanya fitnah semata-mata apabila Tabung Haji hari ini terbukti terus kukuh dan mampu memberikan dividen yang tinggi kepada pencarumnya.
“Namun, kesan buruk daripada fitnah Rafizi itu dirasai oleh lebih daripada 3,000 pencarumnya yang kehilangan giliran menunaikan haji apabila bertindak mengeluarkan wang simpanan mereka akibat terpengaruh dengan dakyah itu,” tegasnya.
Justeru kata Ismail, rakyat seharusnya sedar bahawa segala dakwaan yang dilontarkan oleh pihak pembangkang terhadap kerajaan, khususnya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1MDB adalah satu jalan cerita yang direka-reka untuk dijadikan propaganda memburukkan kerajaan.
“Sebenarnya, kalau kita melihat semula segala tuduhan dan dakwaan pembangkang itu, akhirnya semua akan terjawab dan terbukti, bahawa apa yang dikatakan mereka itu tidak benar sama sekali. Tuduhan 1MDB telah terbukti tidak benar apabila PAC sendiri mengakui tidak ada penyelewengan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib. Begitu juga dengan isu KWSP dan Tabung Haji.
“Namun seperti yang saya katakan tadi, modus operandinya adalah untuk mengulang-ulang pembohongan itu sehingga rakyat akhirnya menjadi percaya. Dan saya lihat, strategi yang mereka gunakan itu sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi segelintir rakyat di negara ini.
“Dalam tempoh-tempoh dan saat kritikal menempuh hari pengundian pada 9 Mei ini, saya yakin akan lebih banyak lagi propaganda berbentuk fitnah akan dilemparkan oleh pihak pembangkang terhadap kerajaan. Justeru saya nasihatkan pengundi, agar tidak mempercayai bulat-bulat dan menyemak dulu kesahihan sesuatu fakta itu sebelum kita mempercayainya,” ujarnya.-MediaUMNO
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rbx4tg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment