Pengasas WhatsApp Menarik Diri Dari Facebook
Berbilion pengguna di seluruh dunia menggunakan perkhidmatan pemesejan WhatsApp. Tetapi kami yakin ramai tidak mengenali pengasasnya iaitu Jan Koum dan Brian Acton. Aplikasi yang dilancarkan pada tahun 2009 kemudian dijual kepada Facebook pada tahun 2014 dengan harga RM 75 bilion. Acton meninggalkan Facebook September tahun lalu dan kini Koum pula mengumumkan beliau akan meninggalkan Facebook serta menarik diri dari lembaga pengarah media sosial nombor satu dunia ini.
Pengumuman dilakukan menerusi laman Facebook peribadi beliau namun tidak memberikan tarikh sebenar akan meninggalkan laman ini. Menurut laporan Washington Post, Koum mengambil keputusan meninggalkan Facebook kerana tidak bersetuju dengan perancangan Facebook untuk menggunakan data pengguna serta mengurangkan penyulitan aplikasi. Laporan yang sama mengatakan keputusan meninggalkan Facebook telah dilakukan oleh beliau sejak tahun lalu sebelum skandal Cambridge Analytica menjadi isu hangat.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HCVAOl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment