Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saya Setia Terhadap Penduduk Pekan - Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saya Setia Terhadap Penduduk Pekan - Najib





Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tetap setia dan tidak pernah mengambil mudah terhadap kawasan serta penduduk Parlimen Pekan.

Najib yang mempertahankan kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) untuk penggal ke-10 berkata beliau akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif dan bekerja kuat supaya pengundi dapat melihat sendiri apa yang diusahakan dan dicapai serta membuat keputusan di peti undi berdasarkan pencapaian terbabit.

"Sebagai Ahli Parlimen Pekan, saya menyimpan harapan cukup besar untuk memastikan kebajikan setiap penduduk Pekan terjaga dan untuk Pekan terus membangun maju dan berjaya.

"Hari ini impian dan harapan terbabit sudah dapat dicapai, Pekan cukup pesat membangun dalam pelbagai bidang, daripada pendidikan sehinggalah ke pekerjaan," kata Najib menerusi catatan di laman blog www.najibrazak.com, semalam.

Katanya, siapa sangka kawasan kecil seperti Pekan mempunyai Institut Pengajian Tinggi seperti Kampus Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Automotif DRB-Hicom selain menjadi pilihan kilang-kilang syarikat terkemuka dunia beroperasi seperti Mercedes-Benz, Volkswagen, Isuzu dan Suzuki yang menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

"Malah, saya cukup berbangga Kilang Mercedes-Benz di Pekan ini adalah kilang pertama di luar negara Jerman yang diberi kepercayaan untuk memasang model paling mewah Mercedes-Benz iaitu S-Class!," katanya.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pembangunan di Pekan adalah satu contoh pentingnya kestabilan serta kesinambungan politik yang memastikan setiap perancangan dilakukan untuk kawasan dapat dilaksanakan.

"Selain itu, pembangunan dapat dizahirkan di Pekan dan juga di semua kawasan pimpinan BN adalah kerana wakil rakyatnya sentiasa berkhidmat untuk rakyat dan memikirkan kepentingan mereka," kata Najib yang menjadi anggota Parlimen Pekan sejak 1976.

Najib berkata pegangan BN adalah supaya calon yang dipilih mampu terus membawa suara dan kepentingan rakyat, dan untuk mereka diadili oleh pengundi atas khidmat jasa mereka sepanjang menjadi wakil rakyat.

"Ini jauh berbeza dengan parti pembangkang yang memilih calon mereka bukan berdasarkan kepada keinginan mereka untuk berkhidmat kepada kawasan dan rakyat setempat.

"Sebab itulah banyak calon mereka berpindah randah daripada satu kawasan kepada satu kawasan yang lain selepas satu penggal sahaja, BN tidak akan sesekali menjadi seperti pembangkang," katanya.

"Pembangkang ini licik, mereka melarikan diri ke kawasan yang difikirkan 'selamat' pada pandangan mereka, dan merampas hak rakyat untuk menilai prestasi pada penggal terdahulu.

"Mungkin ada yang gusar sebab sepanjang perkhidmatan, asyik mengabaikan penduduk kawasan, atau mungkin juga ada yang dahulu menang pun sebab memfitnah, kali ini angkat kaki, risau rakyat di kawasan itu akan mengadili selepas mereka ketahui kebenaran," kata Najib.

Dalam pada itu, Najib berkata penduduk dan pengundi di Pekan cukup bijak dalam membuat pilihan.

"Rekod dalam PRU ke-13 membuktikan betapa orang Pekan begitu selesa bersama saya dan Barisan Nasional apabila kita berjaya mengekalkan kerusi Parlimen dengan majoriti undi cukup besar iaitu 35,163 undi," katanya.

Najib berkata beliau yakin masyarakat di Pekan secara khususnya dan Malaysia secara amnya akan memilih dan mengundi pada 9 Mei nanti berdasarkan kepada fakta yang terbentang dan rekod pencapaian BN yang tersedia, bukannya sentimen dan berita-berita hasutan palsu yang dibawa pembangkang.

"BN mampu menang dengan majoriti yang lebih besar, bukan sahaja untuk kerusi Parlimen Pekan tetapi juga untuk lain-lain kerusi di seluruh negara!

"Sesungguhnya hanya Bersama BN, kita mampu Hebatkan Negaraku!," katanya yang akan berhadapan tentangan calon PKR Mohamad Zahid Mat Arip, wakil PAS Kapten (B) Ahiatudin Daud dan calon Bebas Datuk Kadir Sainudin pada PRU-14, 9 Mei ini. - BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2jiNUC8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.