Hi! Welcome Back and Stay Tune! DARPA Membiayai Pembangunan Teknologi Yang Mampu Mengenalpasti Video Dan Gambar Yang Dimanipulasi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DARPA Membiayai Pembangunan Teknologi Yang Mampu Mengenalpasti Video Dan Gambar Yang Dimanipulasi

Kemajuan teknologi membolehkan komputer desktop melakukan manipulasi video dan gambar pada kos yang rendah. Kesan khas filem seperti Jurassic Park yang dahulunya menelan belanja puluhan juta Dollar serta gerombolan artis digital untuk dihasilkan kini boleh dilakukan oleh seorang YouTuber dengan kos beberapa ribu Dollar sahaja. Oleh itu kemampuan mengenalpasti manipulasi video serta gambar di masa hadapan adalah perlu bagi membanteras penipuan.

YouTube Life2Coding

DARPA kini membiayai projek pembangunan teknologi yang boleh mengenalpasti video dan gambar yang dimanipulasi di bawah payung program Media Forensice (MediFor) mereka. SRI International yang merupakan kumpulan penyelidik dari California dianugerahkan tiga kontrak untuk projek ini. Mereka akan bekerjasama dengan University of Amsterdam dan Idiap Research Institute Switzerland bagi membangunkan alat forensik yang lebih berkeupayaan mengesan “berita palsu” berbanding teknologi semasa. Antara yang boleh dilakukan ialah menganalisa perbezaan pergerakan bibir dengan audio yang didengari. Ketidakserasian audio dengan saiz serta akustik bilik juga boleh dianalisa bagi mengesan manipulasi yang mungkin telah dilakukan. DARPA membiayai projek ini kerana ia mempunyai kegunaan ketenteraan bagi melihat sama ada musuh memalsukan video untuk menghilangkan bukti ujian nuklear atau memberikan ilusi mereka mempunyai lebih banyak senjata dari realiti.

Di pasaran sekarang sudah wujud perisian Deepfake yang menggunakan kecerdasan buatan untuk menghasilkan video lucah palsu yang hampir kelihatan asli. University of Washington pula boleh memanipulasi video dengan mengubah pergerakan mulut supaya selari dengan audio yang dipalsukan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HDxP8O

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.