BN Utamakan Keperluan Prasarana Pendidikan Di Sabah
Kerajaan BN sentiasa sedar tanggungjawab untuk memenuhi keperluan prasarana pendidikan di negeri ini, kata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman. Menurut beliau, ia sejajar dengan komitmen untuk memastikan pelajar dapat mengikuti suasana pembelajaran yang selesa.
Katanya, ini turut meliputi sekolah di kawasan luar bandar apabila kerajaan memperuntukkan RM1 bilion untuk naik taraf sekolah daif di negeri ini pada bajet tahun ini. “Ini membuktikan kita ada pemimpin dan kerajaan prihatin kerana pendidikan merupakan nadi dan tunjang kejayaan sesuatu bangsa dan negara.
“Atas faktor inilah kerajaan amat menitikberatkan pembangunan dan kecemerlangan pendidikan,” katanya pada Hari Anugerah Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan di sini, hari ini.
Musa berkata dalam konteks Sabah khususnya di kawasan Sungai Sibuga dan Libaran , aspek pendidikan merupakan antara penekanan awal yang beliau berikan tumpuan sebaik diberikan amanah dan tanggungjawab sebagai Ketua Menteri Sabah.
Katanya ini termasuklah menambah bilangan sekolah khususnya di kawasan kampung dan taman perumahan untuk menampung keperluan pendidikan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rwQLfl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment