Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya Ingatkan Bapa Bergurau.” Menantu Tak Sengaja Pecahkan Gelas Mahal Berharga RM835, Mertua Hantar Emel Tuntut Ganti Rugi.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya Ingatkan Bapa Bergurau.” Menantu Tak Sengaja Pecahkan Gelas Mahal Berharga RM835, Mertua Hantar Emel Tuntut Ganti Rugi..



SEORANG wanita terkejut apabila menerima bil yang dihantar oleh mertuanya selepas dia memecahkan gelas wain di rumah mereka.

Kejadian berlaku ketika wanita tersebut yang sedang hamil lima bulan bersama suami melawat keluarga mertuanya.

Pada mulanya mereka nampak tak kisah dengan apa yang berlaku, tetapi ia tidak seperti yang disangka, seperti yang dijelaskan oleh wanita itu di bebenang Mumsnet.


"Pergi ke rumah mertua hujung minggu lalu, minum segelas wain dan saya tak sengaja menjatuhkannya.

"Tak ada masalah, mereka hanya angkat bahu," tulisnya.

Menurut wanita itu, dia mempunyai hubungan baik dengan kedua mertuanya sejak empat tahun bersama suaminya.

Bagaimanapun, beberapa hari selepas kejadian, mertuanya bertindak menghantar emel kepada wanita itu menuntut dia membayar balik atau menggantikan gelas yang dipecahkannya.

"Pada masa itu saya tak tahu, tetapi dikatakan gelas itu mahal harganya," katanya.


"Pagi ini bapa mertua hantar emel menyatakan bahawa saya boleh pindahkan £156 (RM835) kepadanya atau membeli gelas itu online. Pada mulanya saya fikir ia hanya satu jenaka tetapi tidak sebenarnya. Dia betul-betul mahu saya menggantikannya apabila memasukkan 'link' jualan dan memberikan alamat rumahnya.

"Saya betul-betul terkejut sebab mereka sebelum ni bukan orang yang kedekut," katanya.

Wanita itu juga menegaskan bahawa walaupun mertuanya orang berada, dia dan suaminya tidak stabil dari segi kewangan.


Justeru dia bercadang untuk menggantikan gelas wain itu dengan versi £20 (RM107) dari Amazon dan meminta rakan-rakannya pengguna di Mumsnet untuk menyatakan pendapat mereka.

Ramai yang bersetuju bahawa apa yang dilakukan mertuanya tidak munasabah kerana mereka pada awalnya nampak tak kisah tentang gelas yang pecah. -The Independent





✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2jPOGqo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.