Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lagi ramalan: Johor tumbang, 50-50 di Kedah, Kelantan milik BN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lagi ramalan: Johor tumbang, 50-50 di Kedah, Kelantan milik BN

8/5/18
   
Satu lagi ramalan keputusan pilihan raya dikeluarkan hari ini, yang menyaksikan Pakatan Harapan merampas Johor.
Tinjauan ILHAM Centre juga mendapati BN akan merampas kembali Kelantan setelah diperintah PAS sejak tahun 1990.

Di Kedah dan Perak pula pertembungan dijangka sengit dengan peluang sama rata 50-50 antara BN dan Pakatan Harapan.
“Berasaskan semua faktor-faktor di atas, HARAPAN mampu menawan Johor dengan majoriti mudah selain mengekalkan penguasaan di Selangor dan Pulau Pinang dengan majoriti dua pertiga,” kata pengarah eksekutifnya Hisommudin Bakar.

“BN pula mampu merampas Kelantan daripada PAS selain mengekalkan penguasaan mereka di Terengganu, Perlis, dan Pahang. BN sedikit bermasalah Negeri Sembilan dan Melaka.”


Berkaitan Johor, ILHAM berkata undi bukan Melayu kini berada di paras maksimum kepada HARAPAN dan BN mengalami hakisan sokongan Melayu yang ketara.

Menurut Hisommudin, tindakan Umno “menghina” Tun Dr Mahathir Mohamad memakan diri dan melahirkan simpati, menyebabkan hadirin dalam jelajah HARAPAN melonjak tiga kali ganda.

“Ini menyebabkan Umno panik dan gagal melakukan ‘counter narative’ yang berlaku dalam kawasan yang dikuasai mereka.
“Kesan gelombang ini akan menyebabkan kerusi-kerusi marjinal BN akan tewas dan kerusi yang dimenangi selesa akan berlaku pengurangan majoriti,” kata Hisommudin.

Bagaimanapun, katanya, menteri besar sementara Khaled Nordin diterima meluas dan rekod Umno Johor juga cemerlang.
“Masalahnya di sini hanya kepada imej Najib Razak yang menyebabkan BN Johor bakal menerima hukuman,” katanya.

Hisommudin tidak menyentuh secara langsung keadaan di negeri-negeri lain.
Tinjauan akhir dibuat sebaik sahaja parlimen dibubarkan pada 7 April lalu sehingga 6 Mei (kelmarin). Tinjauan awal pul dibuat lebih sebulan lalu di seluruh 165 kerusi di semenanjung Malaysia.
Malaysiakini


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2jEXHTh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.