Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terima Kasih Kepada Pengundi, Petugas PRU14 - Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terima Kasih Kepada Pengundi, Petugas PRU14 - Najib


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menzahirkan penghargaan kepada semua pengundi dan petugas pilihan raya yang menunaikan tanggungjawab masing-masing pada pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hari ini.

Ucapan serupa turut ditujukan perdana menteri kepada mereka yang bertugas menjaga keselamatan.

"Terima kasih kepada semua pengundi yang turun menunaikan tanggungjawab, petugas pilihan raya yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab dan penguat kuasa keselamatan yang memastikan proses (pengundian) berlangsung dalam keadaan aman," kata Najib menerusi laman Twitter rasmi beliau.

Proses pengundian PRU14 bermula 8 pagi tadi di 8,253 pusat mengundi seluruh negara.

PRU14 melibatkan jumlah keseluruhan 14.9 juta pemilih berdaftar dalam menentukan kerajaan yang akan menerajui negara bagi tempoh lima tahun akan datang, dengan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadi taruhan.

Pada hari penamaan calon, Barisan Nasional (BN) menang tanpa bertanding kerusi DUN Rantau di Negeri Sembilan menerusi Datuk Seri Mohamad Hasan. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IyQgev

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.