Google Dijangka Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Berjenama “Pixel”
Google sebelum ini sedia memperkenalkan keluarga peranti Pixel yang mana terdiri daripada telefon pintar, dan juga aksesori. Menariknya, kini desas-desus baru hadir mengatakan Google turut akan memperkenalkan sebuah jam tangan pintar baru dengan penjenamaan Pixel pada tahun ini.
Info baru ini hadir daripada @evleaks yang sedia terkenal dengan perkongsian pelbagai desas-desus tepat jauh sebelum pengenalan sesuatu peranti.
Jam tangan pintar Pixel ini juga mungkin akan menjadi salah satu peranti yang memperlihatkan keupayaan penuh Android Wear yang kini telah dijenamakan kepada Wear OS.
Menariknya, sebelum ini Qualcomm turut telah dipetik mengatakan bakal hadir dengan cip pemprosesan baru untuk jam tangan pintar pada tahun ini, dan mungkin kita akan melihat ia diumumkan bersama-sama pengenalan jam tangan Pixel ini kelak.
Besides the Pixel 3, Pixel 3 XL, and second-gen Pixel Buds, a reliable source tells me — with high confidence — that Google's fall hardware event will also introduce a Pixel-branded watch. Have a great summer!
— Evan Blass (@evleaks) May 10, 2018
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wt8lG7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment