Undi Wan Junaidi Meningkat
KUCHING: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar seperti dijangka menang besar dengan jumlah undi 26,379.
Jumlah undi tersebut meningkat berbanding 24,655 undi yang diperolehi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Undi yang diperolehi calon Parti Amanah Negara (PAN) Fidzuan Zaidi ialah 6,894 undi.
Wan Junaidi yang ditemui selepas pengumuman keputusan berkata, kemenangan yang dilakarnya adalah hasil sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Jamilah Anu, ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi dan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang bekerja keras.
Beliau turut berterima kasih kepada pemimpin masyarakat yang memainkan peranan dan memberi sumbangan kepada kemenangan tersebut.
"Parlimen Santubong masih menjadi benteng terkuat PBB dan BN," katanya.
Menurutnya lagi, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan pilihan raya seterusnya tidak boleh dipandang remeh atau tanpa memerlukan kerja keras.
"Setiap ahli dalam parti tidak boleh syok sendiri sebaliknya perlu lebih bersedia dari semasa ke semasa," ujarnya.
Sepanjang 37 tahun bersama PBB menurutnya, beliau mengamalkan kesetiaan dan sentiasa bersama parti.-Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wsVMul
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment